Red Mushroom/ms

From Minetest
Revision as of 01:29, 19 October 2017 by >Muhdnurhidayat (Update translation following recent change - renewable)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Cendawan Merah
MTG Red Mushroom.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Block Type Tumbuh-tumbuhan
Drops Diri Sendiri
Physics Tidak
Luminance Tidak
Flammable Ya
Generated Ya
Renewable Ya
Stackable Ya (99)
Itemstring flowers:mushroom_red

Cendawan Merah (BI: Red Mushroom) ialah kulat beracun yang tumbuh dalam hutan-hutan.

Dalam kebanyakan penjana peta, ia boleh dijumpai dalam kawasan hutan daun luruh dan hutan konifer (→Biom) di atas blok tanah berumput. Mereka juga jarang-jarang dijumpai di atas kayu balak pain dan aspen yang tumbang. Dalam janapeta v6, cendawan merah hanya tumbuh di sebelah kayu pokok di atas tanah berumput.

Cendawan merah akan merebak secara perlahan di atas tanah, tanah berumput, dll. dan di atas bongkah “batang” pokok (Kayu Pokok, Kayu Pokok Hutan, dll.) yang berada di tempat yang gelap. Ini membuatkan mereka boleh diperbaharui. Namun begitu, mereka akan mati sekiranya dibiarkan terkena cahaya matahari.

Cendawan merah boleh dikutip dengan tangan. Hati-hati, cendawan merah beracun dan akan meracuni anda dengan mengurangkan tahap kesihatan sebanyak Heart.pngHeart.pngHalf heart.png apabila dimakan. Cendawan merah boleh diletakkan dengan klik kanan, sama seperti nod-nod boleh letak yang lain.

Lihat juga