Dirt with Grass/ms
From Minetest
Tanah Berumput | |
---|---|
Sebuah blok dalam Minetest Game | |
Block Type | Bongkah Pepejal |
Drops | Tanah (1) |
Physics | Tidak |
Luminance | Tidak |
Flammable | Tidak |
Generated | Ya |
Renewable | Tidak |
Stackable | Ya (99) |
Itemstring | default:dirt_with_grass |
Tanah Berumput (BI: Dirt with Grass) boleh dijumpai secara semulajadi di atas tanah. Rumput akan tumbuh di atas tanah jika ia didedahkan kepada cahaya matahari atau cahaya terang selepas masa tertentu. Ia boleh digali menggunakan penyodok; tangan juga boleh menggalinya tetapi lebih perlahan. Apabila digali, pemain mendapat tanah yang biasa.
Pokok-pokok, bunga, rumput, rumput kering, dan rumput hutan tumbuh di atasnya. Blok tanah berumput juga boleh dibuat menjadi tanih dengan menggunakan cangkul.
Blok tanah berumput tidak boleh diambil oleh pemain secara sah, ia hanya boleh diambil menggunakan perintah pelayan /give
atau /giveme
.
Blok ini akan bertukar menjadi tanah biasa semula sekiranya ia berada terlalu lama di bawah tempat teduh.