Brown Mushroom/ms

From Minetest


Cendawan Perang
MTG Brown Mushroom.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Block Type Makanan
Drops Diri Sendiri
Physics Tidak
Luminance Tidak
Flammable Ya
Generated Ya
Renewable Ya
Stackable Ya (99)
Itemstring flowers:mushroom_brown

Cendawan Perang (BI: Brown Mushroom) ialah kulat boleh makan yang dijumpai di hutan-hutan.

Dalam kebanyakan penjana peta, ia boleh dijumpai dalam hutan daun luruh, hutan konifer dan hutan hujan (→Biom). Ia boleh dijumpai di atas tanah berumput dan juga jarang-jarang dijumpai di atas kayu balak pokok, aspen dan hutan tumbang. Dalam hutan hujan, ia hanya boleh dijumpai di atas kayu pokok hutan tumbang, tidak ada di atas lantai. Dalam janapeta v6, cendawan perang hanya boleh dijumpai di sebelah pokok di atas tanah berumput.

Cendawan perang akan merebak secara perlahan di atas tanah, tanah berumput, dll. dan di atas bongkah “batang” pokok (Kayu Pokok, Kayu Pokok Hutan, dll.) di tempat yang gelap tetapi mereka akan mati apabila dibiarkan terkena cahaya matahari.

Cendawan perang boleh dikutip dengan tangan. Ia boleh dimakan untuk mengembalikan Half heart.png. Untuk memakannya, pegang cendawan perang dalam tangan dan klik kiri. Ia juga boleh diletakkan dengan klik kanan, seperti nod-nod boleh letak yang lain.

Lihat juga