How to build your first house/ms

From Minetest


Artikel ini akan memberitahu anda bagaimana caranya untuk membuat dunia baru, membina rumah dan meneranginya dalam subpermainan Minetest Game.

Memulakan dunia baru

Pokok biasa dalam Minetest Game

Mula-mula sekali, setelah membuka Minetest, anda mestilah mencipta sebuah dunia baru. Untuk mencipta dunia, sila tekan “Buat Baru” atau “New” pada skrin permulaan. Apa anda perlu buat hanyalah masukkan nama untuk dunia baru anda. Kemudian tekan “Cipta” atau “Create”.

Sekarang anda telah mencipta dunia anda, anda perlu bermain di dunia tersebut. Pilih dunia tadi dengan menekan namanya dalam senarai dan tekan “Mula Main” atau “Play”. Anda akan nampak bar kemajuan yang menunjukkan permainan tersebut sedang memuatkan dunia.

Itu dia! Anda patut muncul dalam sebuah dunia baru. Namun begitu, tiada gunanya berdiri saja di situ. Asalnya, kekunci W menggerakkan anda ke depan, kekunci D ke kanan, kekunci A ke kiri, dan kekunci S ke belakang. Lompat dengan kekunci space bar. Untuk pusing dan lihat atas bawah, hanya perlu gerakkan tetikus. (Lihat juga: Kawalan.)

Sumber pertama

Sekarang anda sudah tahu bergerak, anda perlu mendapatkan beberapa blok papan kayu. Ini salah satu dari tugasan utama dan paling penting ketika bermula bermain dalam Minetest Game.

Mencari pokok atau belukar

Mula-mula, anda perlu mencari pokok atau belukar. Terdapat beberapa spesis pokok dan belukar. Pokok lebih bagus berbanding belukar kerana mereka boleh menghasilkan lebih banyak kayu.

Jika anda tidak nampak sebarang pokok atau belukar dengan serta-merta, merayaulah di kawasan sekitar sehingga anda nampak pokok atau belukar.

  • Petua: Jika anda bermula di tengah-tengah kawasan lapang yang tidak diketahui, mula berjalan di kawasan sekitar sehingga anda nampak kawasan lapang berumput, dan tuju ke situ. Anda boleh jumpa belukar di kawasan lapang berumput, dan hutan selalunya tak jauh dari situ. Jika anda menjumpai rumput yang berwarna kuning, itu rumput kering dan anda telah menjumpai sebuah savana, iaitu rumah kepada pokok akasia.
  • Petua: Jika anda bermula di tengah-tengah kawasan lautan, anda perlu berenang ke daratan. Teruskan menekan kekunci space bar apabila berada dalam air untuk kekal terapung dan tidak lemas!

Menebang pokok

Apabila anda menjumpai pokok, pergi kepada kayu pokok (tak kira spesis), dan lihat padanya. Apabila anda berada dekat dengannya, anda patut nampak garis bentuk hitam di sekeliling bahagian kayu pokok yang anda sedang lihat. Kemudian anda perlu terus menekan butang tetikus kiri. Anda patut mula melihat rekahan muncul pada kayu pokok tersebut. Setelah beberapa saat, bahagian kayu pokok yang anda lihat tadi akan hilang. Anda mungkin akan memegang kayu pokok tadi dalam tangan anda sekarang. Apa yang anda buat sebentar tadi dipanggil “menggali”. Jika anda mampu melihat sebuah gambar kecil bahagia kayu pokok dalam salah satu kotak di bawah skrin anda, ia bermakna benda tadi menjadi sebuah item di dalam inventori anda. Kotak tersebut merupakan hotbar anda. Untuk memilih item berbeza daripada hotbar, gunakan roda tetikus, atau kekunci nombor 1-8.

Mencantas belukar

Belukar ialah sumber alternatif untuk mencipta papan kayu, tetapi mereka menghasilkan kurang papan kayu berbanding kayu pokok. Untuk mencantas, buat apa yang anda akan buat dengan pokok biasa, kecuali anda akan berjalan ke arah belukar (tak kira spesis), kemudian gali daun belukar dahulu (supaya boleh sampai pada batang belukar), kemudian gali batang belukar.

Menggunakan inventori anda

Setelah anda dapatkan kayu pokok atau batang belukar, buka inventori anda.

Menu inventori yang asal

Untuk membuka menu inventori anda, tekan kekunci I pada papan kekunci anda. Sekarang ini sepatutnya skrin akan menunjukkan beberapa baris kotak kelabu. Ini semua merupakan pelbagai slot dalam inventori anda. Untuk memindahkan item, klik kiri pada item menggunakan tetikus, kemudian klik di tempat yang anda ingin pindahkan (sebuah kotak kosong).

Sekarang, cuba gali lagi kayu pokok atau batang belukar. Anda patut nampak nombor kecil naik di sebelah gambar item tersebut dalam inventori. Nombor ini menunjukkan berapa bilangan item tersebut yang anda ada.

Apabila anda membuka inventori anda, anda akan nampak kotak bersaiz 3×3 di sebelah atas. Itulah grid pertukangan. Di situlah anda akan mencipta pelbagai item.

Sekarang, anda perlu mencipta papan kayu. Untuk menciptanya, klik pada item kayu pokok atau batang belukar untuk memilih mereka. Kemudian, letakkan mereka di mana-mana saja dalam grid pertukangan. Sekarang ini menu inventori anda patut kelihatan seperti ini:

Nama Bahan-bahan Input → Output
Papan Kayu Kayu Pokok
Tree.png
Wooden Planks.png
4

Atau seperti ini:

Nama Bahan-bahan Input → Output
Papan Kayu Batang Belukar
Bush Stem.png
Wooden Planks.png

Jika anda menebang spesis pokok atau belukar yang berbeza (spt. pokok akasia), ia akan memberikan papan kayu yang berbeza, namun perlakuannya serupa sahaja.

Dalam kotak di sebelah kanan grid, anda akan nampak gambar papan kayu (atau yang serupa dengannya). Klik di situ, dan anda akan mengambil papan kayu. Anda juga akan perasan kayu pokok atau batang belukar tadi telah hilang daripada tindanannya dalam grid pertukangan. Tahniah! Anda telah mencipta item anda yang pertama! Anda boleh meletakkan mana-mana blok dalam dunia anda dengan berjalan ke arah nod yang lain dan klik-kanan pada permukaannya untuk meletakkan nod yang anda sedang pegang di situ.

Mencipta alatan pertama

Sebilah beliung kayu

Sebelum anda membina rumah anda, ada 2 lagi yang anda perlu buat.

Pertamanya untuk membuat serpihan kayu. Pilih papan kayu dalam inventori anda. Kemudian klik-kanan pada salah satu slot dalam grid pertukangan. Ini akan meletakkan hanya satu blok papan kayu di situ dan bukannya seluruh tindanan. Kemudian klik-kiri di mana-mana slot dalam inventori untuk meletakkan baki papan kayu di situ. Kotak output pertukangan patut menunjukkan serpihan kayu ketika ini. Klik pada item serpihan kayu untuk mengambil empat serpihan kayu tersebut.

Nama Bahan-bahan Input → Output
Serpihan Kayu Papan Kayu
Wooden Planks.png
Stick.png
4

Sekarang, masa untuk cipta alatan pertama anda! Ianya sebilah beliung kayu. Ianya digunakan untuk menggali batu, bijih dan beberapa blok lainnya. Untuk mencipta beliung kayu, menggunakan klik kanan, letakkan 1 blok papan kayu (tak kira spesis) ke dalam setiap satu daripada 3 kotak teratas dalam grid pertukangan. Kemudian, lettakkan serpihan kayu di bahagian tengah baris tengah dan baris bawah. Outputnya akan menunjukkan sebuah beliung.

Nama Bahan-bahan Input → Output
Beliung Kayu Papan Kayu + Serpihan Kayu
Wooden Planks.png
Wooden Planks.png
Wooden Planks.png
Stick.png
Stick.png
Woodpick.png

Ambil beliung tersebut, letakkan di bahagian atas inventori anda. Keluar inventori kemudian tatal roda tetikus untuk memilihnya. Anda patut kelihatan seperti sedang memegang beliung.

Penggalian dan penciptaan yang lebih serius

Batu

Sekarang, anda perlu dapatkan batu. Berjalan di sekeliling kawasan sehingga anda nampak blok berwarna kelabu. Blok ini boleh dilihat di cenuram apabila berada di atas tanah. Pergi dekat kepadanya, dan gunakan beliung untuk menggali 12 blok batu seperti mana anda menggali blok kayu pokok sebelum ini. Anda akan jumpa mereka bertukar menjadi bahan yang dipanggil “batu buntar” di dalam inventori.

Sekarang ini, kemungkinan besar hari menjadi semakin gelap. Anda pelu mencipta obor untuk kekal terang.

Untuk membuat obor, berjalan sekitar kawasan batu sehingga anda nampak batu yang mempunyai tompokan hitam di atasnya. Itulah bijih batu arang. Gali keseluruhan gugusan batu arang menggunakan beliung anda, ia bukannya lama mana pun.

Kemudian, buat lebih banyak serpihan kayu. Di bahagian bawah grid pertukangan, letakkan serpihan kayu dalam salah satu kotak. Kemudian, letakkan gumpalan batu arang (iaitu benda yang anda dapat apabila menggali bijih batu arang sebelum ini) dalam kotak betul-betul di atas kotak serpihan kayu tadi. Anda akan dapat empat obor.

Nama Bahan-bahan Input → Output
Obor Serpihan Kayu
+ Gumpalan Batu Arang
Coal.png
Stick.png
Torch.png
4

Letakkan benda ini seperti blok biasa dan mereka akan mengeluarkan cahaya. Obor ini tidak akan padam, jadi anda boleh biarkan mereka terus menyala sepanjang hari.

Membina sebuah rumah

Sekarang ini, masa untuk membina rumah. Gunakan panduan tadi sebagai asas anda.
Binalah seperti mana yang anda suka, pada waktu ini gunakan papan kayu (tebang lebih banyak pokok untuk menciptanya) buat sementara waktu.
Gunakan obor untuk menerangi rumah anda.

Lihat juga Membina sebuah rumah.

Seterusnya anda perlu mencipta relau.
Untuk menciptanya, isikan seluruh grid pertukangan dengan batu buntar kecuali kotak yang berada di tengah:

Nama Bahan-bahan Input → Output
Relau Batu Buntar
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Furnace.png

Ambil relau daripada slot output. Letakkan relau di mana-mana dalam rumah anda.
Anda akan perlu gunakan relau tersebut untuk meleburkan bijih, setelah anda melombong bijih kelak. Namun jangan risaukan perkara tersebut buat masa ini. Kerana anda baru sahaja menyiapkan rumah pertama anda yang hebat, saya harap anda sukakan rumah baru anda! :-)

Baca lagi

Anda mungkin perasan yang beberapa resipi pertukangan yang anda baru gunakan ada variasi berbeza. Cth. beliung kayu juga boleh dicipta menggunakan papan kayu akasia menggantikan papan kayu biasa. Baca halaman Pertukangan dan halaman item yang berkaitan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini.