Controls/ms
From Minetest
Ini gambaran keseluruhan untuk semua kawalan yang digunakan dalam Minetest.
Mengubah kawalan
Ada dua cara untuk mengubah kawalan: Sama ada menggunakan menu pilihan yang boleh diakses dalam permainan, ataupun dengan menyunting minetest.conf. Lihat minetest.conf.example untuk belajar nama tetapan. Ambil perhatian bahawa sesetengah kawalan tidak boleh diubah langsung.
Kawalan permainan
Minetest versi PC menggunakan tetikus dan papan kekunci. Berikut disertakan kawalan versi PC (perbezaan antara versi PC juga dinyatakan):
Perbuatan | Kawalan lalai | Boleh diubah dalam permainan? | Tetapan minetest.conf | Komen |
---|---|---|---|---|
Pergerakan | ||||
Lihat sekeliling | Gerakkan tetikus | Tidak | (tiada) | |
Bergerak ke depan | W | Ya | keymap_forward |
|
Bergerak ke kiri | A | Ya | keymap_left |
|
Bergerak ke kanan | D | Ya | keymap_right |
|
Bergerak ke belakang | S | Ya | keymap_backward |
|
Togol mod pergerakan pantas | J | Ya | keymap_fastmove |
Lihat Mod pergerakan. Perlukan keistimewaan “pergerakan pantas” |
Togol mod terbang | K | Ya | keymap_freemove |
Lihat Mod pergerakan. Perlukan keistimewaan “terbang” |
Togol mod tembus blok | H | Ya | keymap_noclip |
Lihat Mod pergerakan. Perlukan keistimewaan “tembus blok” |
Bergerak pantas | E | Ya | keymap_special1 |
Hanya berfungsi jika mod pergerakan pantas diaktifkan. Agak pelik tetapi kekunci ini juga dipanggil kekunci “Guna” (Use) |
Lompat | Space | Ya | keymap_jump |
Digunakan apabila anda bukan berada dekat tangga, bukan dalam cecair dan tidak menggunakan mod terbang |
Selinap | Shift | Ya | keymap_sneak |
Digunakan apabila anda bukan berada dekat tangga, bukan dalam cecair dan tidak menggunakan mod terbang |
Bergerak ke atas | Space | Ya | keymap_jump |
Digunakan apabila anda berada dekat tangga, dalam cecair atau menggunakan mod terbang |
Bergerak ke bawah | Shift | Ya | keymap_sneak |
Digunakan apabila anda berada dekat tangga, dalam cecair atau menggunakan mod terbang |
Togol bergerak ke depan secara automatik | (tiada) | Tidak | keymap_autoforward |
Apabila mod ini dibolehkan, ia bertindak seolah-olah kekunci bergerak ke depan sentiasa ditekan jadi anda akan sentiasa berjalan |
Interaksi dunia | ||||
Ketuk / gali / mengutip tindanan item | Butang tetikus kiri | Tidak | (tiada) | |
Guna / bina | Butang tetikus kanan | Tidak | (tiada) | Jika barang yang dihalakan itu boleh digunakan (contoh: Peti), anda menggunakannya, jika tidak anda akan cuba membina dekat barang tersebut |
Bina | Shift+Butang tetikus kanan | Tidak | (tiada) | Digunakan untuk membina dekat blok boleh guna |
Pilih tindanan item sebelumnya/selepasnya dalam hotbar | Pusingkan roda tetikus | Tidak | (tiada) | |
Pilih tindanan item sebelumnya dalam hotbar | B | Ya | keymap_hotbar_previous |
|
Pilih tindanan item selepasnya dalam hotbar | N | Ya | keymap_hotbar_next |
|
Pilih tindanan item dalam hotbar secara terus | 0-9 | Tidak | (tiada) | |
Jatuhkan tindanan item dipegang | Q | Ya | keymap_drop |
|
Jatuhkan 1 item daripada tindanan item dipegang | Shift+Q | Ya | keymap_sneak , keymap_drop |
|
Kamera | ||||
Pilih kamera | F7 | Tidak | keymap_camera_mode |
Kamera yang ada (mengikut susunan): pandangan orang pertama, pandangan orang ketiga dari belakang, pandangan orang ketiga dari depan |
Togol mod sinematik | (tiada) | Ya | keymap_cinematic |
Dalam mod sinematik, kamera tidak akan ikut pergerakan anda dengan cepat, sebaliknya ia akan “ikut belakang”, jadi pergerakan kamera nampak serupa macam pergerakan kamera sebenar |
Zum masuk dekat rerambut silang | Z | Ya | keymap_zoom |
Memerlukan keistimewaan “zum” |
Grafik | ||||
Membolehkan/Melumpuhkan kabut | F3 | Tidak | keymap_toggle_force_fog_off |
|
Menambah jarak pandang minimum | + | Tidak | keymap_increase_viewing_range_min |
|
Mengurangkan jarak pandang minimum | - | Tidak | keymap_decrease_viewing_range_min |
|
Togol pandangan jauh | R | Ya | keymap_rangeselect |
Pandangan jauh membolehkan kita melihat tanpa batasan jarak. Amaran: Ini boleh memberi kesan kepada prestasi Minetest; gunakannya sekejap saja atau hanya untuk percubaan |
Mengambil tangkapan skrin | F12 | Tidak | keymap_screenshot |
|
Papar Pandu (HUD) | ||||
Tunjuk/sembunyi menu inventori | I | Ya | keymap_inventory |
|
Tunjuk/sembunyi HUD | F1 | Tidak | keymap_toggle_hud |
|
Tunjuk/sembunyi log sembang | F2 | Tidak | keymap_toggle_chat |
|
Togol peta mini | F9 | Tiada | keymap_minimap |
Terdapat dua mod: Permukaan dan radar, dalam 3 tahap zum berbeza |
Togol bentuk peta mini (segi empat atau bulat) | Shift+F9 | Tidak | keymap_sneak , keymap_minimap |
|
Buka/tutup konsol | F10 | Ya | keymap_console |
|
Batalkan / tutup tetingkap / buka menu jeda / keluar Minetest | Esc | Tidak | (none) | |
Bunyi | ||||
Perlahankan bunyi | (tiada) | Ya | keymap_decrease_volume |
|
Kuatkan bunyi | (tiada) | Ya | keymap_increase_volume |
|
Togol bisu | M | Ya | keymap_mute |
|
Arahan dan sembang | ||||
Buka tetingkap sembang | T | Ya | keymap_chat |
Perlukan keistimewaan “jerit” untuk bersembang |
Mula membuat arahan pelayan | / | Ya | keymap_cmd |
|
Mula membuat arahan tempatan | . | Ya | keymap_cmd_local |
Arahan tempatan senahagian daripada mods klien |
Nyahpepijat (untuk para pembangun) | ||||
Membolehkan/melumpuhkan kemaskini kamera | F4 atau tiada | Tidak | keymap_toggle_update_camera |
Hanya berguna kepada para pembangun. Jika dilumpuhkan, landskap dilukis di sekeliling anda tidak akan dikemaskini pada saat anda melihat sekeliling. Perbuatan ini hanya ada ikatan kekunci lalai dalam Minetest versi pembangun; dalam terbitan rasmi tidak ada ikatan kekunci lalai kerana ia boleh menyebabkan ramai pemain terkeliru |
Membolehkan/melumpuhkan paparan nyahpepijat | F5 | Tidak | keymap_toggle_debug |
Turut menunjukkan koordinat anda |
Membolehkan/melumpukan pembukah | F6 | Tiada | keymap_toggle_profiler |
Hanya berguna untuk para pembangun |
Tulis kesan tindanan ke dalam debug.txt | P | Ya | keymap_print_debug_stacks |
Hanya berguna untuk para pembangun |
Perbezaan untuk OS X
- Untuk membuat klik kanan, gunakan sentuhan dua jari pada pad jejak (trackpad)
- Jika anda menggunakan papan kekunci Perancis (AZERTY), bersedia untuk kekunci “M” tidak berfungsi dalam sembangan
Mengubah kawalan dalam minetest.conf
Dengan minetest.conf
, anda boleh mengubah kawalan yang tidak ditunjukkan di dalam menu tetapan. Lihat minetest.conf untuk maklumat lanjut.
Kawalan inventori
Lihat Inventory/ms#Kawalan.