Gravel/ms

From Minetest
Revision as of 04:46, 6 February 2018 by >Muhdnurhidayat (Fix translation - change 'Arang' (Charcoal) to 'Batu Arang' (Coal))
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Kelikir
Gravel.png
Sebuah blok dalam Minetest Game
Block Type Bongkah Pepejal
Drops Kelikir (93.75%)

Batu Api (6.25%)

Physics Ya
Luminance Tidak
Flammable Tidak
Generated Ya
Renewable Tidak
Stackable Ya (99)
Itemstring default:gravel

Kelikir (BI: Gravel) ialah blok tidak stabil yang akan jatuh sekiranya ada udara atau sebarang nod boleh lalu di bawahnya. Kelikir boleh digunakan untuk mencipta serbuk senjata api. Ia boleh digali menggunakan penyodok atau dengan tangan tetapi lebih perlahan. Terdapat peluang yang kecil untuk mendapat batu api apabila menggali kelikir.

Penjanaan

Kelikir dijumpai di seluruh dunia dalam bentuk gumpalan bersaiz sederhana hingga besar dikelilingi batu.

Dalam semua janapeta kecuali v6, kelikir juga terjadi dengan amat banyak dalam biom pantai tundra. Dalam janapeta valleys, kelikir juga terjadi sebagai dasar sungai beku di bawah bongkah salji dan ais.

Dalam janapeta v6, padang kelikir yang luas hanya muncul jarang-jarang pada permukaan. Padang kelikir ini boleh terjadi dalam mana-mana biom. Selain daripada itu, kelikir memang jarang dijumpai dalam dunia janaan janapeta v6.

Sebagai bahan pertukangan

Nama Bahan-Bahan Input → Output Keterangan
Serbuk Senjata Api Longgokan Batu Arang + Kelikir
Coal.png
Gravel.png
Gunpowder.png
5
Digunakan untuk mencipta TNT dan menyalakannya daripada jauh. (resipi tidak berbentuk)

Lihat juga