Revision as of 03:32, 6 February 2018 by >Muhdnurhidayat
Batu (BI: Stone) ialah salah satu blok semula jadi yang paling kerap dijumpai dalam Minetest. Ia boleh dijumpai dekat mana-mana ketinggian daripada permukaan kecuali dalam kawasan gurun dan seluruh kawasan bawah tanah kebanyakannya terditi daripada batu. Menggali batu akan menjatuhkan batu buntar yang boleh dilebur menjadi batu semula. Anda boleh menggunakan beliung kayu atau yang lebih elok untuk menggali batu. Batu juga sangat penting kerana kesemua blok bijih dihasilkan dalam batu.
Boleh baharu
Batu boleh terhasil apabila lava yang mengalir menyentuh blok penyejuk-lava (walaupun secara pepenjuru atau dekat bucu), contohnya air, air sungai, ais, bongkah salji. Selagi mana sumber lava tersebut tidak dimusnahkan ketika dalam proses, anda boleh mencipta jumlah batu yang tidak terhad dengan cara tersebut.
Peleburan
Sebagai bahan pertukangan
Semua resipi pertukangan daripada kumpulan “batu” juga boleh digunakan.
Lihat juga