FAQ/ms: Difference between revisions
>Muhdnurhidayat (update Malay translation to match latest revision of the English page (oldid=26870)) |
>Muhdnurhidayat (update Malay translation to match latest revision of the English page (oldid=26870)) |
(No difference)
|
Latest revision as of 23:26, 16 August 2022
Ini himpunan soalan yang sering ditanya berkaitan Minetest. Untuk masalah teknikal, sila rujuk di halaman Pencarisilapan.
Apakah itu Minetest?
Minetest ialah sebuah enjin permainan percuma dan bebas yang direka untuk mencipta permainan berasaskan voksel (BI: Voxel). Keterangan lanjut boleh dijumpai di halaman Minetest.
Mengenai Enjin
Berapakah harga Minetest?
Tiada harga. Ia percuma.
Adakah Minetest itu klon Minecraft?
Versi paling awal Minetest cuba untuk mereplikakan apa yang Minecraft Alpha telah tunjukkan ia mampu lakukan pada waktu tersebut (2010)[1]. Namun matlamatnya telah menyimpang daripada Minecraft dan sebaliknya berubah menjadi enjin permainan.
Siapakah yang mencipta Minetest?
Perttu Ahola (juga dikenali sebagai celeron55). Ketika ini ia sedang dibangunkan oleh orang-orang gila yang rambang ini dan juga oleh komuniti.
Apakah bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh Minetest?
Minetest ditulis dalam bahasa C++ menggunakan versi cabangan enjin pengemas gabung Irrlicht. API mods dan permainan menggunakan bahasa Lua.
Bolehkah saya mengubah kod dengan sendiri?
Ya. Minetest dilesenkan dengan bebas (LGPL 2.1 dan lain-lain).
Bilakah versi Minetest seterusnya akan diterbitkan?
Periksa jadual perkembangan GitHub untuk mengagak berapa banyak perkembangan untuk ke versi seterusnya.
Kenapa nombor versi berubah dari 0.4.17.1 ke 5.0.0?
Minetest bertukar ke sistem pemversian semver selepas versi 0.4.17.1 kerana nombor kosong pendahulu tidak akan berubah. Jika ditulis mengikut sistem pemversian yang lama maka 5.0.0 akan ditulis sebagai 0.5.0.0. Sistem semver lebih kemas dan ia juga piawaian industri.
Bagaimanakah cara untuk pasang dan lancarkan Minetest?
Sila lihat Mula Main#Mendapatkan Minetest.
Bagaimanakah cara untuk mengemaskini Minetest?
Ini bergantung kepada sistem pengoperasian dan kaedah pemasangan anda. Biasanya anda akan sama ada muat turun versu terbaru atau jalankan perintah kemas kini. Sesetengah sistem mungkin memerlukan anda memindahkan dunia dan mods anda. Jika anda menggunakan versi Git, tarik sahaja dan kompil setiap kali anda ingin mengemas kini.
Di manakah dan bagaimanakah untuk mencari permainan untuk dipasang?
Periksa ContentDB Minetest untuk senarai permainan. Anda boleh memasang permainan (dan kandungan lain) dengan mudah menerusi klien melalui tab Kandungan ('Layari kandungan dalam talian'). Anda juga boleh pasang permainan yang anda jumpa di forum atau GitHub secara manual ke folder "games" dalam direktori data Minetest anda. Untuk maklumat lanjut mengenai permainan, sila lihat Permainan.
Apakah itu Irrlicht?
Minetest menggunakan cabangan Irrlicht yang sendiri, dan Irrlicht ialah enjin pengemas gabung dari Jerman yang dicipta pada tahun 2003. Cabangan ini tertumpu kepada pembuangan kod lama dan tidak digunakan untuk membuatkan enjin tersebut lebih ringan, namun tujuan utamanya untuk menggantikan Irrlicht secara keseluruhannya pada masa hadapan kerana ia sangat ketinggalan zaman.
Kenapa UI nampak ketinggalan zaman?
Banyak antara muka menggunakan penggayaan Irrlicht asal yang digunakan sebelum penggayaan borang diperkenalkan. UI boleh dibuat untuk kelihatan lebih moden, tetapi perekaan UI amat merumitkan dengan sendirinya, ditambah pula dengan keanehan sistem formspec yang Minetest digunakan. Penggantian GUI yang betul-betul mungkin akan dibuat pada masa hadapan.
Menu utama teruk!
Kami sedang berusaha untuk menambahbaiknya.
Saya ada masalah teknikal, bagaimana cara untuk baikinya?
Sila lihat Pencarisilapan.
Adakah Minetest bermultijalur?
Ya. Klien dan pelayan Minetest dijalankan dalam jalur yang berlainan. Pelayan juga menjalankan penjanaan peta dalam jalur pekerja, namun perkara ini terhad kepada jalur tunggal ketika ini disebabkan oleh beberapa isu (tetapi ia boleh ditukar dalam tetapan). Klien pula menjalankan penjanaan jejaring dalam jalur pekerja.
Jarang untuk permainan dijalankan serempak dengan banyak kerana ia tidak diperlukan untuk permainan yang lebih kecil - selalunya ia hanya dijumpai dalam permainan pelbagai pemain besar-besaran (MMO). Agak sukar juga untuk menulis logik gaya permainan multijalur, dan ini bertentangan dengan tujuan Minetest yang ingin menjadi platform penciptaan kandungan yang mudah untuk digunakan. Namun begitu, masih terdapat suatu API untuk mods menjalankan tugasan dalam jalur pekerja.
Kenapa ia dipanggil "Minetest"?
Minetest bermula sebagai suatu uji kaji (suatu test atau percubaan) untuk mereplikakan Minecraft Alpha. Nama tersebut terlekat, dan tiada siapa mampu bersetuju untuk nama yang baharu.
Bolehkah anda menambah sokongan untuk iOS?
Kami tidak mampu menambah Minetest ke App Store kerana terdapat percanggahan lesen. Perjanjian Pelesenan Pengguna Akhir (EULA) untuk App Store mempunyai terma-terma yang megehadkan kebebasan perisian, yang mana bercanggah dengan lesen-lesen (L)GPL (setakat sepersetujuan).
Walaupun secara teorinya memang kami boleh mengedarkan aplikasi di luar App Store, iOS secara amnya antikebebasan perisian. Para pengguna akan perlu bayar US$80 setahun untuk lesen pembangun dan perlu mempunyai komputer Mac Book, atau pecah sekat telefon mereka. Kedua-dua ini tidak begitu elok.
Jadi malangnya, ini bukan sesuatu yang kami boleh lakukan.
Bolehkah anda menambah sokongan untuk platform X atau konsol?
Minetest ialah projek sukarela dengan masa dan sumber yang terhad. Menyokong platform yang baharu memakan banyak usaha, dan kami hanya mampu menyokong platform secara rasminya apabila ada pembangun teras yang menggunakannya.
Tambahan pula, banyak konsol mempunyai Perjanjian untuk Tidak Mendedahkan (NDA) yang menghalang perisian bersumber terbuka daripada diportkan kepadanya tanpa mengambil jalan keluar menerusi buatan rumah. NDA menghalang anda daripada membuka sumber kod anda kerana ia perlu ditutup, dan lesen hak terbuka menghalang anda daripada menutup sumber Minetest kerana ia perlu dibuka.
Minetest bersumber terbuka. Kami mengalu-alukan para penyumbang untuk port Minetest ke platform yang lain (selagi mana mereka mengikut lesen, sudah tentulah). Para penyumbang juga dialu-alukan untuk menyumbang perubahan mereka kembali ke huluan, asalkan mereka tidak terlalu mengganggu.
Peristilahan
- Mods
- Suatu "modul" atau "pengubahsuaian (modification)" kepada suatu permainan. Lihat Mods.
- Permainan
- Himpunan modul yang ditatarajah untuk dijalankan pada enjin Minetest. Lihat Permainan.
- Subpermainan
- Istilah lama untuk permainan.
- Pek tekstur
- Suatu set tekstur pihak klien yang menulis ganti tekstur mods atau permainan yang disertakan. Lihat Pek Tekstur.
- Nod
- Nama teknikal untuk suatu blok atau kiub tunggal.
- Mob
- Suatu maklhluk yang bergerak. Lihat Mob.
Mengenai Minetest Game
Apakah itu Minetest Game?
Minetest Game ialah permainan yang disertakan dengan Minetest ketika ini, terutamanya untuk menunjukkan ciri-ciri dan digunakan sebagai asas untuk mods. Lihat Minetest Game untuk maklumat lanjut.
Di manakah [masukkan ciri-ciri Minecraft di sini]?
Minetest Game tidak bertujuan untuk mereplikakan Minecraft dalam sebarang cara. Ciri-ciri dari Minecraft mungkin boleh dijumpai dalam mods atau permainan yang lain (cubalah Mineclone2 untuk analogi yang rapat dengan Minecraft). Sekiranya anda ingin bermain permainan dengan ciri-ciri Minecraft, kami mengesyorkan anda untuk bermain Minecraft sahaja.
Lihat juga Perbezaan dari Minecraft.
Mineclone yang manakah saya patut main?
Mineclone2 itu versi Mineclone yang lebih terkenal dan selalunya lebih stabil. Mineclone5 itu cabangan Mineclone2 dengan proses pembangunan yang pantas dan bebas yang menyebabkan ia mempunyai lebih banyak ciri-ciri dengan lebih cepat, tetapi lebih banyak ketidakstabilan. Hampir kesemua ciri-ciri dari Mineclone5 akan masuk ke Mineclone2 juga akhirnya. Perlu diambil perhatian bahawa dunia-dunia Mineclone5 boleh ditukarkan ke dunia Mineclone2, tetapi tidak sebaliknya.
Mineclonia ialah cabangan tidak aktif yang bertumpu kepada kestabilan. Mineclone (yang asal) pula projek dari tahun 2015 yang bertujuan untuk mereplikakan Minecraft dalam Minetest, sekarang digantikan dengan Mineclone2.
Apakah itu MeseCraft?
Berbanding dengan apa yang namanya diimplikasikan, MeseCraft bukanlah klon Minecraft. Ia suatu himpunan mods bertujuan untuk menyediakan pengalaman kemandirian yang dijaga dan diurus, sedia untuk dimainkan.
Di manakah semua kandungannya? Tiada mob? Tiada jalan cerita?
Minetest Game tidak direka dengan sebarang jalan cerita atau matlamat. Ia hanyalah suatu kotak pasir untuk anda bermain Mods atau permainan yang lain menyediakan kandungan gaya permainan yang sebenar. Cuba cari kandungan di ContentDB.
Anda patut tambah [masukkan ciri-ciri di sini] ke dalam Minetest Game!
Minetest Game berada dalam keadaan pembangunan rendah ketika ini, terutamanya hanya untuk tujuan penyenggaraan dan pembaikan pepijat. Ciri-ciri permainan baharu tidak akan dipertimbangkan kerana Minetest Game ingin dibersarakan daripasa status "lalai".
Bagaimanakah cara [masukkan item atau blok di sini] berfungsi? Bagaimana cara untuk bertukang?
Rujuk di Blok dan Item untuk maklumat mengenai penggunaan dan pertukangan. Anda juga boleh pasang mods panduan pertukangan untuk melihat resipi pertukangan yang ada.
Saya diberitahu adanya kurungan bawah tanah. Di manakah ia?
Sila pastikan anda membolehkan kurungan bawah tanah apabila anda mencipta dunia anda. Selalunya ia akan jelma di mana-mana di bawah atau atas permukaan, anda akan menjumpainya jua.
Komuniti
Di manakah saya boleh bertanya soalan?
Anda boleh bertanya di saluran IRC (#minetest), Forum, Discord, atau Reddit. Anda disyorkan untuk menggelintar sejarah dan arkib terlebih dahulu, banyak soalan sudah pun dijawab.
Ambil berat juga kategori (bebenang, saluran, dll.) yang manakah berkaitan dengan soalan anda ketika bertanya di sesuatu platform.
Ketahui di mana anda boleh melibatkan diri anda di sini.
Bagaimanakah cara untuk memasang kandungan pihak ketiga?
Anda boleh menjumpai pelbagai jenis kandungan ciptaan komuniti di ContentDB Minetest. Anda boleh cari dan pasang kandungan daripada pangkalan data ini menggunakan butang "Layari kandungan dalam talian" yang dijumpai dalam tab Kandungan di menu utama.
Untuk pemasangan kandungan secara manual, sila lihat Memasang Permainan, Memasang Mods, Memasang Peta, dan Memasang Pek Tekstur.
Kenapa saya tak jumpa mods default
atau [masukkan mods di sini]?
Sesetengah mods itu sebahagian daripada permainan. Mods seperti default
dan wool
kebiasaannya sebahagian daripada Minetest Game dan tidak bertujuan untuk dipasangkan sebagai mods berasingan. Bagi mods yang bergantung kepada cth. default
untuk berfungsi, anda perlulah menggunakan Minetest Game. Amalan rekaan permainan yang bagus adalah untuk mengimbuhkan nama mods yang khusus buat sesuatu permainan bersama-sama nama permainan tersebut. Malangnya, Minetest Game secara khususnya agak memeningkan dalam perkara ini.
Adakah mods serasi dengan satu sama lain?
Melainkan dinyatakan sebaliknya, kebanyakan mods akan berfungsi dengan satu sama lain (mungkin atau mungkin tidak berinteraksi dengan sempurna). Pelaksanaan API yang berlainan (seperti mobs atau tangga), mods yang khusus buat sesuatu permainan, atau pelaksanaan kandungan yang bersaingan mungkin tidak serasi dengan satu sama lain.
Bagaimanakah cara untuk sambung ke pelayan? Adakah akaun pemain ramai diperlukan?
Tidak ada akaun pemain ramai yang sah secara sejagat dalam Minetest. Bagi setiap pelayan, anda boleh gunakan nama dan kata laluan yang berlainan. Suatu "akaun" dicipta ketika log masuk yang pertama. Dengan cara ini, hanya anda sahaja yang boleh mencapai pemain dan inventori anda di pelayan khusus tersebut. Anda boleh bermain pemain perseorangan tanpa perlu sebarang nama pengguna dan kata laluan.
Bagaimanakah cara untuk membuat pelayan saya sendiri?
Sila baca Menetapkan pelayan dan Pelayan. Sila lihat Perintah pelayan untuk senarai perintah sembang yang biasanya disertakan.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan akaun untuk Wiki Minetest?
Dengan meminta di https://forum.minetest.net/viewtopic.php?f=3&t=10473.
Gaya Permainan
Bagaimanakah cara untuk melihat koordinat saya sendiri atau memeriksa FPS saya?
Gunakan kekunci F5 untuk menogol maklumat nyahpepijat (maklumat yang tersedia mungkin berlainan mengikut permainan atau pelayan). Hujung atas skrin anda mungkin akan paparkan FPS dan koordinat anda, bersama-sama maklumat yang lainnya. Menekan F5 lagi akan menogol pembukah, dan kemudian mod rangka dawai sekiranya anda mempunyai keistimewaan nyahpepijat. Tekan buat kali terakhir akan menogol tutup maklumat nyahpepijat.
Kenapa FPS saya sangat rendah?
Ada banyak sebab kenapa FPS anda boleh jadi rendah. Penyebab utamanya ialah kebolehan jarak pandang tanpa had. Togol mod tersebut menggunakan kekunci R secara lalainya. Anda juga boleh mengurangkan jarak pandang anda yang biasa menggunakan kekunci - secara lalainya (+ untuk menaikkannya). Jarak kemas gabung diukur dalam unit nod.
Bagaimanakah cara untuk membolehkan skrin penuh?
Pada kebanyakan sistem, kekunci skrin penuh OS anda (seperti alt+F11 pada Ubuntu) patut berfungsi macam biasa. Jika tidak, pergi ke Semua tetapan dalam tab Tetapan tab di menu utama, dan pergi ke Grafik dan Audio > Grafik > Skrin > Skrin penuh, di mana anda boleh klik dua kali untuk menukar nilai atau guna butang Edit. Anda perlu memulakan semula Minetest untuk perubahan ini memberi kesan.
Sila lihat Kawalan.
Bolehkah saya gunakan alat kawalan atau pad permainan?
Anda perlu gunakan atur cara luaran untuk mengikatnya. Lihat Pad permainan untuk maklumat lanjut.
Kenapa tidak boleh ubah tetapan dalam skrin jeda?
Banyak tetapan memerlukan permainan untuk dimuat semula juga macam mana pun, tetapi jika tidak perlu pun memang tidak ada menu yang dilaksanakan untuk membolehkan perubahan tetapan dengan cara tersebut. Sumbangan kod dialu-alukan.
Berapa besarkah petanya?
Petanya sebuah kiub dengan panjang setiap sisi 61840 nod (blok). Oleh itu, petanya mempunyai isi padu yang sama dengan 618403 nod = 236,487,637,504,000 nod. Koordinat pula daripada −30912 sehingga 30927 dalam semua arah.
Lihat juga Koordinat dan Sempadan dunia.
Bolehkah saya mengubah kulit saya?
Kulit dilaksanakan per-permainan dan per-dunia. Sekiranya anda ingin mengubah kulit anda dalam mod pemain perseorangan, cuba gunakan salah satu daripada mods kulit yang ada banyaknya. Untuk mengubah kulit anda dalam suatu pelayan, gunakan mods kulit yang disediakan (jika ada) atau hubungi ahli pengurusan pelayan tersebut.
Format apakah yang kulit gunakan?
Minetest Game menggunakan kulit Minecraft sebelum versi 1.8 (64x32). Format ini menyokong tekstur badan, tindihan atas kepala, tangan selebar 4px, dan mantel. Mods kulit yang lain melaksanakan sokongan kulit 64x64 atau menggunakan format yang lain.
Bagaimanakah cara untuk tetapkan titik jelma saya?
Jika anda bermain Minetest Game, anda boleh membina katil dan tidur pada waktu malam. Dalam kehidupan seterusnya, anda akan bermula dekat katil anda.
Jika tidak, anda boleh cari mods (seperti yang ini) atau tetapkan titik jelma anda untuk kesemua dunia menggunakan baris kod static_spawnpoint = (x,y,z)
dalam fail minetest.conf anda.
Bagaimanakah cara untuk membuatkan dunia rata?
Gunakan penjana peta flat
ketika mencipta dunia anda dan lumpuhkan kesemua bendera penjana peta. Sekiranya anda ingin dunia menggunakan bahan tunggal, cuba mods Really Flat.
Bolehkah saya menambah bayang beragam?
Minetest didatangkan dengan bayang dinamik yang boleh ditogol (dikawal oleh permainan sekiranya perlu). Pascapemprosesan dengan kesan yang lain merupakan ciri-ciri yang akan mendatang. Minetest sudah pun menyokong pembayang pihak ketiga menggunakan laluan client/shaders
, namun perkara ini agak terhad dalam maklumat dan skop yang disediakan.
Bagaimanakah untuk meningkatkan kecerahan?
Sila lihat Pencarisilapan#Skrin terlalu gelap.
Bagaimanakah cara untuk terbang?
Untuk terbang, mula-mula anda perlukan keistimewaan "terbang". Gunakan kekunci K untuk menogol mod terbang. Terbang naik menggunakan kekunci lompat (asalnya: selang) dan terbang turun menggunakan kekunci selinap (asalnya: shift).
Lihat juga: Mod terbang
Bagaimanakah cara untuk bergerak pantas?
Ini lebih kurang macam terbang sebelum ini. Umumnya: Anda perlukan keistimewaan “pergerakan pantas” untuk membolehkan anda menggunakan mod pergerakan pantas. Jika anda mempunyai keistimewaan ini, tekan J untuk membolehkan atau melumpuhkan mod pergerakan pantas. Apabila mod pergerakan pantas dibolehkan, tekan E untuk bergerak lebih pantas.
Lihat Mod pergerakan pantas.
Bagaimanakah cara untuk mencari semula rumah saya?
Anda boleh simpan jejak koordinat anda (bergantung kepada permainan) menggunakan maklumat nyahpepijat (F5). Jika anda mahu, anda boleh teleport ke koordinat menggunakan
/teleport x,y,z
Sila lihat Perintah pelayan#Teleport. Memerlukan keistimewaan "teleport".
Dalam Minetest Game, anda boleh mengelak daripada tersesat lagi jika anda menggunakan perintah /sethome
di rumah untuk simpan kedudukan rumah anda dan menggunakan perintah /home
untuk teleport semula ke situ.
Bagaimanakah cara untuk menjana peta buat dunia saya?
Terdapat pelbagai alat pemetaan untuk menjana pralihat dunia anda. Terdapat juga cabangan Amidst untuk pralihat biom bagi suatu benih dunia.
Bolehkah saya guna WorldPainter dengan Minetest?
Pengarang WorldPainter telah mencipta pemalam Minetest untuk WorldPainter. Hasilnya untuk anda bergantung kepada banyak faktor.
Adakah wujudnya World Edit untuk Minetest?
Ya. Periksa juga alat suntingan yang lain.
Ya, terdapat beberapa alatan untuk menukarkan kandungan Minecraft ke Minetest. Hasilnya untuk anda bergantung kepada banyak faktor.
Pembangunan Mods dan Permainan
Sila lihat Soalan Lazim Mods (bahasa Inggeris) di Wiki Pembangunan Minetest.
Minetest menggunakan bahasa Lua untuk permainan dan mods. Ia mudah, ringan, dan pantas. Anda boleh jumpa banyak tutorial dalam talian.
- Lua guide by tutorialspoint (Panduan Lua oleh tutorialspoint)
- Lua in 100 Seconds (Lua dalam 100 Saat)
- Lua in 15 Minutes for Programmers (Lua dalam 15 Minit untuk Para Pengaturcara)
Berapa pantaskah Lua?
Kenapa saya tidak boleh gunakan ciri-ciri Lua yang moden?
Minetest menggunakan LuaJIT yang berasaskan Lua 5.1. Pada masa hadapan, sekiranya Lua PUC setanding dengan prestasi JIT, Minetest boleh bertukar ke versi Lua yang lebih baharu.
Sekiranya ia boleh silang-kompil ke Lua atau anda sambungkan ke pentafsir anda sendiri, ya. Loria ditulis dalam bahasa Fennel. Jika tidak, sokongan untuk bahasa lain tidak akan diutamakan. Lua direka untuk pembenaman dan kami akan terus menggunakannya.
Saya ingin gunakan mods Java ini! Saya perlukan Java!
Lua mampu menandingi jambatan ke Java dengan mudahnya dalam kebanyakan waktunya. Sekiranya anda betul-betul perlu gunakan bahasa pengaturcaraan yang lain untuk sesuatu seperti kunyahan data berat, Lua boleh memanggil pustaka C/++ secara natif (hanya boleh digunakan sekiranya mods dipercayai).
Apakah itu API Minetest?
API Minetest memberikan anda capaian kepada semua benda yang enjin tersebut tawarkan ketika itu. Anda boleh jumpa rujukan API terbaru di sini. Versi ReadTheDocs juga boleh dibaca di sini.
Mods Minetest mesti gunakan API yang disediakan oleh enjin. Tidak seperti Minecraft, mods Minetest tidak boleh mengubah enjin. Jika anda rasa enjin ini tidak ada ciri-ciri tertentu, sila mempertimbangkan untuk membuka isu atau tulis ciri tersebut dengan diri anda sendiri.
Apakah itu devtest?
Development Test (devtest) ialah sebuah permainan untuk menguji ciri-ciri enjin dan untuk melakukan pembangunan mods. Ia menyediakan set kandungan permainan yang minimum bersama-sama pelbagai pustaka kandungan bertujuan untuk menguji ciri-ciri enjin. Permainan ini disediakan bersama-sama enjin.
Apakah itu keselamatan mods?
Keselamatan mods mengelakkan mods daripada menjalankan kaedah tidak selamat tanpa persetujuan pengguna. Mods perlu dinyatakan dengan jelas sebagai HTTP untuk menggunakan API HTTP. Mods perlu dipercayai untuk menjalankan pelbagai kaedah laras-OS.
Bagaimanakah untuk belajar mencipta mods dan permainan?
Kami mengesyorkan Minetest Modding Book (Buku Mods Minetest) untuk bermula.
Saya mendapat mesej amaran atau ralat, apakah maksudnya?
Sila lihat Mesej ralat tanpa runtuh.
Kenapa saya tidak boleh membuat ikatan kekunci yang lain?
Ini ciri-ciri yang belum dilaksanakan. Sumbangan kod dialu-alukan.
Bagaimanakah cara untuk mencipta model untuk mods saya?
Kami mengesyorkan anda menggunakan Blender untuk mencipta model.
Bolehkah saya menggunakan Blockbench untuk mencipta model?
Boleh, tetapi anda perlu eksport dan tukar model anda ke format yang Minetest sokong menggunakan Blender. Penukaran animasi dari Blockbench tidak begitu diketahui untuk berfungsi dengan baik (itu pun jika berjaya ditukar).
Bolehkah saya menjual permainan yang saya cipta menggunakan Minetest?
Selagi mana anda mematuhi lesennya, boleh saja.