Server/IFS (IhrFussel's Server)/ms

From Minetest


IFS (IhrFussel's Server)
IFS Screenshot.jpg
Sebuah pelayan
Owner IhrFussel
Address 94.16.121.151
Port 25000
Flags Dmg, PvP, Pwd, Far
Forum topic 15932
Website Game Server Overview


IFS (IhrFussel's Server) ialah pelayan kemandirian bercorak MMO dengan pelbagai unsur MMO seperti sistem tahap, usaha dan acara. Pelayan ini berjalan atas mesin khusus dan ia sentiasa wujud 24 jam sehari, 7 hari seminggu melainkan kerja-kerja sandaran, kemaskini atau ralat kritikal telag berlaku. Pelayan ini mempunyai lebih daripada 160 mods yang berbeza tetapi ianya telah disesuaikan agar sesiapa sahaja boleh turut serta bermain dengan sebarang peranti asalkan RAM peranti anda melebihi 600MB kerana kebanyakan mods telah dipermudahkan untuk memberikan kestabilan, oleh itu pastinya ada sesuatu untuk semua orang!

Halaman ini dicipta dengan kebenaran pemilik pelayan, kebenaran diberikan pada 11 Disember 2017, 3:10PM waktu pelayan (Zon Waktu Eropah Tengah). Jika anda ingin tahu pek tekstur yang digunakan dalam pelayan ini, ianya Summerfields. Anda digalakkan untuk membaca berita dengan menghantar perintah /changelog dalam permainan dari semasa ke semasa supaya anda sedar apa yang sedang berlaku pada pelayan tersebut.

Kakitangan

Maklumat ini tepat pada masa ianya diterjemahkan. Kakitangan pelayan beserta warna nama mereka seperti berikut:

  • Pemilik/pentadbir (nama merah):
  • Moderator (nama jingga):
  • Pembantu (nama biru):
    • neri2
    • Bergwerkszwerg

Dan ya, MommyKat, DrClaw, dan AriaJade merupakan orang yang sama. Terimalah hakikatnya. --MommyKat dekat forum (bahasa Inggeris).

Jika anda perlukan bantuan, anda boleh menghantar perintah /helpme dalam sembang dan kakitangan yang berada dalam talian akan datang untuk membantu anda sekiranya mereka tidak terlalu sibuk. Jika anda hanya ingin bertanya sesuatu, anda tidak perlu menghantar perintah tersebut dahulu, terus bertanya mengenainya di dalam sembang. Sekiranya berlaku hal kecemasan (contohnya, anda hampir mati dalam permainan), anda boleh menghantar perintah /sos dan ia akan menggerakkan mana-mana kakitangan dalam talian ke kedudukan anda dengan segera.

Pemain biasa akan mempunyai nama berwarna putih. Namun begitu, warna nama sesiapa pun akan bertukar kepada merah tua apabila mata kesihatan mereka menurun (cth. apabila mereka hampir mati atau diserang) atau hijau apabila mata kesihatan mereka meningkat (cth. mengembalikan tahap kesihatan).

Seperti mana-mana pelayan yang lain, jangan minta untuk menjadi moderator. Apabila pentadbir admin merasakan anda boleh menjadi moderator, anda akan diberikan latihan sebagai pembantu untuk jangka masa tertentu untuk menilai sama ada anda sesuai menjadi moderator. Anda boleh melihat peluang untuk menjadi pembantu dengan menghantar perintah /helper dalam sembang, ia juga akan memberitahu anda apa yang anda perlu lakukan untuk meningkatkan peluang menjadi pembantu. Anda mestilah seorang yang aktif dan tidak melanggar sebarang peraturan untuk menjadi pembantu.

Peraturan

  1. Hormat sesama sendiri dan jangan bercakap kasar.
  2. DILARANG mengganggu, spam, menyamar, mengawal pemain lain, menipu, menyebabkan drama, menyalahguna perintah, menulis HURUF BESAR berlebihan.
  3. DILARANG menceroboh dan mencuri barang pemain lain serta guna klien yang digodam.
  4. DILARANG bercakap secara terbuka atau membina projek berkaitan seks, politik, dadah, penghinaan kaum dan agama.
  5. Anda hanya boleh gunakan 1 akaun yang aktif dalam pelayan ini.
  6. Pembantu/Moderator yang menyalahguna kuasa mereka akan kehilangan status mereka serta merta.
  7. Pentadbir dan moderatornya mempunyai hak untuk mengubah SEBARANG kawasan pelindungan jika diperlukan.
  8. Setiap pemain mempunyai hak untuk bergerak bebas atas peta dan untuk bersendirian dalam kawasan pelindungan mereka.
  9. Kami melarang anda masuk ke kawasan pelindungan berkunci TANPA kebenaran pemilik kawasan.
  10. Jangan buang masa pembantu/moderator/pentadbir tanpa sebab.

Senarai peraturan ini dalam bahasa Inggeris boleh dilihat dalam permainan dengan menghantar perintah /rules.

Sembang

Terdapat pelbagai saluran sembang atas pelayan ini. Apabila anda bercakap dalam sebuah saluran, pemain yang berada di saluran lain tidak dapat melihat sembang anda. Namun begitu, pentadbir dan moderator boleh membaca sembang anda sekiranya seseorang melaporkan perbuatan anda, oleh itu jangan langgar peraturan sembang walaupun anda berada dalam saluran yang berbeza daripada saluran yang pentadbir dan moderator sedang bersembang. Asalnya, anda akan bersembang dalam saluran utama iaitu main. Anda boleh masuk ke mana-mana saluran dengan menghantar perintah /join CHANNELNAME di mana CHANNELNAME itu salah satu daripada berikut:

  • main : Saluran asal dan yang utama di mana semua orang bersembang
  • roleplay : Satu-satunya saluran di mana anda dibenarkan main watak, jangan main watak dalam saluran lain atau anda akan dapat markah buruk
  • games : Saluran untuk bermain permainan berasaskan teks, membuat kiraan menurun untuk sorok-sorok, dan untuk berbincang berkaitan permainan.
  • love : Saluran untuk pemain yang ingin menyampaikan cinta mereka.
  • notalk : Saluran senyap, sesuai apabila anda ingin merakam permainan.

Pelayan ini mempunyai sistem terjemahan automatik yang mampu mengenal dan menterjemah pelbagai bahasa ke dalam bahasa Inggeris pada waktu sebenar. Anda juga boleh menggunakan perintah terjemahan /tr in out Text di mana in digantikan dengan kod bahasa yang anda sedang tulis, out digantikan dengan kod bahasa yang ingin dipaparkan dan Text digantikan dengan teks atau ayat yang anda ingin terjemahkan.

Contohnya, jika anda ingin menterjemah "selamat pagi" (ayat bahasa Melayu) ke dalam bahasa Inggeris maka anda akan hantar perintah /tr ms en selamat pagi di mana ms ialah kod bahasa Melayu, en ialah kod bahasa Inggeris dan selamat pagi ialah ayat yang ingin diterjemahkan. Semua orang kemudiannya akan nampak [Server]: <your name> requests a translation (ms -> en) for "selamat pagi": good morning.

Bergerak

Dari kawasan kelahiran, terdapat pusat travelnet tidak jauh dari titik kelahiran. Anda boleh pilih untuk pergi ke mana sahaja daripada pusat travelnet termasuklah ke bandar-bandar dalam senarai rasmi, dan anda bebas untuk bina atas tanah yang tidak dilindungi. Anda juga boleh bertanya kepada pemilik bandar sekiranya mereka boleh benarkan anda membina atas tanah mereka, tetapi anda juga perlu mengikut peraturan bandar tersebut di samping terus mengikut peraturan pelayan. Anda dapat melihat nama tanah dan tuan empunya tanah di bahagian bawah kiri skrin anda jika anda berdiri dalam kawasan yang dilindungi. Apabila berada dalam kawasan tidak dilindungi, sila lindungi kawasan anda dengan berdiri di titik terendah hujung kawasan anda lalu menghantar /p1 dalam sembang, kemudian pergi ke penjuru yang bertentangan, berdiri di titik tertinggi lalu menghantar /p2 dalam sembang, sudahi dengan menghantar /protect NAMA di mana NAMA ialah nama yang ingin diberikan kepada tanah anda.

Walaupun anda boleh pergi ke bandar-bandar dalam senarai rasmi menggunakan travelnet, anda boleh mengingat nama atau nombor bandar dan anda hanya perlu menulis nama bandar atau tulis L diikuti dengan selang dan nombor bandar untuk pergi ke bandar tersebut. Bandar-bandar dalam senarai rasmi boleh dilihat dengan menghantar /locations dalam sembang. Terdapat juga city index building (bangunan indeks bandar) di North Road (Jalan Utara) tidak jauh dari titik kelahiran, di mana anda boleh gunakan untuk pergi ke bandar-bandar lama yang tidak tersenarai dalam senarai bandar rasmi.

PVP

PvP iaitu Pemain lawan Pemain ditetapkan secara berasingan kepada setiap pemain, asalnya ia tidak aktif. Untuk mengaktifkannya, pastikan anda dan rakan PvP anda menulis /pvpon dalam sembang sebelum anda berlawan PvP. Selepas selesai perlawanan, jangan lupa untuk menyahaktif semula dengan menulis /pvpoff dalam sembang, kalau tak nanti anda boleh dibunuh oleh pemain lain. Kami juga menyediakan PvP Arena dan Battle Arena jika anda tak nak lawan PvP di rumah atau tempat lain.

Blok Nasib

Anda boleh mendapatkan blok nasib (lucky blocks) dengan menulis LB atau /luckyblocks dalam sembang, kemudian anda perlu menunggu sekurang-kurangnya lima minit sebelum meminta setindan blok nasib yang baru. Anda boleh pergi ke Lucky Block Area (kawasan blok nasib) dengan menulis LBA dalam sembang atau dengan menggunakan travelnet pelayan atau city index building. Sila ambil perhatian bahawa blok nasib hanya boleh diletakkan di dalam kawasan blok nasib untuk mengelak sebarang kerosakan kepada peta dan dunia pelayan. Juga diingatkan bahawa penjualan blok nasib adalah dilarang.

Pengangkutan yang Diketahui

Pelayan ini mempunyai kereta dan pedati. Anda boleh menulis /cars JENIS untuk mendapatkan kereta di mana JENIS mesti digantikan dengan jenis kereta yang anda inginkan. Selalunya jenis kereta ialah warna tetapi kami ada beberapa jenis kereta berbeza seperti kereta nyancat. Pedati pun ada, beli atau cipta pedati untuk anda guna.

Jalan

Ada empat jalan utama daripada titik kelahiran iaitu North Road (Jalan Utara), West Road (Jalan Barat), North-West Road (Jalan Barat Laut) dan South Road (Jalan Selatan). North Road (Jalan Utara) ialah jalan paling padat dengan pelbagai kawasan perumahan, beserta beberapa jalan untuk ke bandar dan tempat yang lain. Server travelnet center (pusat travelnet pelayan), city index building (bangunan indeks bandar) dan tree park (taman pokok) berada di North Road (Jalan Utara). North-West Road (Jalan Barat Laut) pula tidak terlalu padat kerana ianya kawasan bersalji, tetapi ada terowong gerbang yang besar dan cantik di situ. West Road (Jalan Barat) pula penuh dengan bangunan pemain lama yang telah wujud sebelum kawasan kelahiran yang baru ini dibina. South Road (Jalan Selatan) pula kebanyakannya berada dalam kawasan kelahiran ini sendiri, beberapa rumah agam, sebuah ladang pemain, PVP Arena dan public farm (ladang awam) berada di South Road (Jalan Selatan). Ada rancangan untuk kembangkan South Road (Jalan Selatan) pada masa akan datang.

Beberapa jalan popular lain termasuklah Boukennomichi Road & Tunnel (Jalan & Terowong Boukennomichi) yang menghubungkan bandar Little Japan ke kampung Papyville, bandar MelonCity, pekan LJ Iceland, North Road (Jalan Utara), bandar Iconic City dan bandar Modern City; Fairdale Road (Jalan Fairdale) yang menghubungkan North Road (Jalan Utara) ke solok Fairdale dan kawasan pangsapuri berhampiran; Mori Road (Jalan Mori) yang menghubungkan bandar Little Japan ke bandar PandaCity dan bandar Boomcity; Sky Road (Jalan Langit) yang menghubungkan bandar Little Japan ke bandar camskycity; West Road 2 (Jalan Barat 2) yang menghubungkan North Road (Jalan Utara) ke North-West Road (Jalan Barat Laut) melalui beberapa rumah agam; Iconic Road (Jalan Iconic) yang menghubungkan North Road (Jalan Utara) ke bandar Iconic City dan bandar Modern City; serta beberapa jalan perumahan yang berhubung terus ke North Road (Jalan Utara) seperti Lana Road (Jalan Lana), KenKaneki Road (Jalan KenKaneki), Dasa Road (Jalan Dasa), High Street (Jalan Tinggi), dll.

Kebanyakan jalan dalam pelayan ini mempunyai lebar antara tiga hingga sembilan blok, bergantung kepada tujuan asal pembinaan jalan. Kesemua empat jalan asal di kawasan kelahiran telah dibina dengan lebar tiga blok kerana ianya bertujuan untuk pejalan kaki namun sesetengah pemain memandu kereta mereka atas jalan-jalan tersebut.

Landasan

Terdapat dua landasan keretapi utama yang anda boleh gunakan untuk bergerak.

1. Neon's subway (Keretapi bawah tanah Neon): ianya replika stesen keretapi bawah tanah moden dengan terowong menghubungkan stesen-stesen. Kemungkinan ada perancangan untuk meletakkan landasan sebenar namun ketika ini ia hanya menyediakan pad teleport di setiap stesen, atau anda boleh berjalan sahaja dalam terowong tersebut. Laluan ini menghubungkan: Spawn (kawasan kelahiran) - bandar Phoenix Kingdom - bandar JustCity - bandar GreatCity - lombong ModCity - bandar ModCity - bandar JadeCity - Neon's Home (rumah Neon)

2. Boukennomichi line (Laluan Boukennomichi): ianya laluan landasan berganda yang berfungsi sepenuhnya dengan sebahagian besarnya di bawah tanah dan lainnya ditinggikan, gunakan pedati atas landasan yang disediakan. Laluan keretapi ini dibina di samping Boukennomichi Road & Tunnel (Jalan & Terowong Boukennomichi) kerana sesetengah pemain letih memandu kereta atas jalan yang sangat jauh tersebut. Laluan keretapi ini tidak akan dikembangkan namun laluan tambahan mungkin akan dibina untuk menyokong kawasan-kawasan lain dengan menyambung ke laluan ini. Laluan landasan ini menghubungkan: bandar camskycity - bandar Little Japan - kampung Papyville - bandar MelonCity - solok Fairdale - pekan LJ Iceland - North Road (Jalan Utara) - bandar Iconic City - bandar Modern City

Sebelum ini wujudnya IhrFussel's skyline (Laluan langit IhrFussel) yang dibina oleh IhrFussel di atas langit, selari dengan North Road (Jalan Utara) dan mengandungi dua stesen iaitu stsen Spawn (kawasan kelahiran) dan stesen North Road (Jalan Utara) di mana anda boleh tukar ke laluan Boukennomichi. Namun begitu, laluan ini telah ditutup kerana ramai pemain yang terjatuh dan mati. Laluan keretapi bawah tanah yang baru sedang dibina oleh moderator muhdnurhidayat untuk menggantikan laluan langit ini, ia mempunyai fungsi yang sama seperti laluan langit tersebut cuma ianya lebih selamat untuk digunakan.

Selain laluan keretapi tersebut, terdapat juga beberapa laluan keretapi tempatan dalam sesetengah bandar di mana anda boleh gunakan untuk bergerak di dalam bandar (cth. di bandar Little Japan, bandar Modern City, bandar JeanLand) malah terdapat beberapa roller-coaster di North Road (Jalan Utara) dan taman hiburan yang dibina oleh pemain.

Bandar

Senarai bandar dan lokasi rasmi semasa di mana pemain boleh pergi dengan menulis nama bandar atau nombor bandar selepas huruf L dan selang di dalam sembang:

  • Spawn : untuk balik ke spawn (titik kelahiran)
  • LBA : untuk pergi ke Lucky Block Area (Kawasan Blok Nasib)
  • PVPA : untuk pergi ke PvP Arena
  • Spawn Box : untuk balik ke kotak di mana pemain baru dijatuhkan
  • AzureCity : sebuah bandar besar di antara dua sungai, dibina oleh moderator AriaJade (MommyKat)
  • FuMa Mall : pusat beli-belah rasmi
  • IRP : Item Rain Platform (Platform Hujan Item) iaitu tempat anda pergi untuk acara hujan item dan lawan bos
  • Iconic City : bandar penuh dengan bangunan ikonik dan menyokong bumi hijau
  • Modern City : bandar dengan bangunan mode, jiran kepada Modern City
  • Little Japan : bandar besar dengan bangunan dan sistem penamaan bergayakan Jepun, dibina oleh moderator muhdnurhidayat
  • FunCity : bandar untuk bergembira
  • Dogcity : bandar untuk menyambut keindahan anjing sebagai rakan karib manusia
  • carnivals : pekan kecil yang mempunyai unsur-unsur yang biasa dijumpai di karnival
  • camskycity : bandar besar di atas langit, tetapi bersambung dengan jalan darat dari Little Japan
  • Pcy City : bandar dengan bangunan berbentuk istimewa
  • Boomcity : bandar besar dengan pelbagai bangunan realistik, dibina oleh bekas moderator LMNP
  • happycity : anda akan sentiasa gembira di bandar ini
  • HiCity : bandar yang dibina untuk menghargai moderator yang telah bersara, HiGuy
  • Selanthir : bandar besar dengan bangunan besar
  • SkyCity : bandar besar di atas langit dengan istana dan kedai terapung, dibina oleh bekas moderator unicamerally dan diselenggara oleh AriaJade (MommyKat)
  • Parkour Area : seperti namanya, ianya kawasan untuk membuat larian parkour
  • ModCity : bandar besar yang dibina oleh moderator generasi pertama, rancangan asal oleh bekas moderator Jessica
  • Island Home : sebuah pulau untuk bina rumah anda
  • MeowCity : bandar berasaskan kucing dengan beberapa patung kucing
  • MESECONIA : bandar berasaskan mesecons, amaran: bandar ini penuh dengan mesecons yang aktif jadi jangan merungut dengan kejatuhan FPS
  • Little Philippines : sebuah bandar atas pantai di tepi laut
  • monstercity : bandar dengan pelbagai replika raksasa
  • MelonCity : bandar berasaskan tembikai, semua bangunan diperbuat daripada warna tembikai, dibina oleh moderator Ryan-cute
  • Nyancat City : bandar berasaskan nyancat
  • OPEN MINE : lombong awam tambahan yang pemain boleh pergi
  • Peaceful City : anda akan berasa aman di bandar ini
  • Little Turkey : bandar dengan perasaan seperti di Arab
  • RU City : bandar dengan perasaan seperti di Rusia
  • Silver Dream : bandar pertama yang dibina atas pasir perak selepas pelayan berpindah daripada penjanapeta v6 kepada v7 dan menambah had peta
  • Silver Sand City : bandar dengan bangunan diperbuat daripada pasir perak dan bahan binaan berasaskannya
  • South Valley : bandar yang tidak ketahuan tempatnya, pemilik asal tidak ada nama untuknya jadi dia cuma namakannya South Valley (Lembah Selatan)
  • TownHouse : pekan yang mempunyai rumah untuk disewa
  • WaterCity : bandar dibina di bawah air
  • Westfield : pusat kedai-kedai pemain, anda boleh tuntut lot tanah daripada moderator untuk bina kedai anda, rancangan asal oleh bekas moderator Fionajaynee
  • Gravity Falls : pekan kecil dibina atas permukaan gunung tidak rata, hati-hati ke mana anda berjalan agar tidak jatuh dari gunung
  • Coolgirl's city : bandar dibina oleh Coolgirl
  • Awesome City : bandar penuh dengan bangunan yang hebat
  • FunLand : pekan kecil untuk bergembira
  • Los_Angeles : bandar dengan bangunan daripada Los Angeles
  • Minecity : bandar dengan lombong awam yang lain
  • FAO BATTLEFIELD : untuk pergi ke medan pertempuran untuk lawan PvP
  • Tutorial Island : pergi ke pulau tutorial yang ditinggalkan, dahulunya digunakan dalam sistem lama di mana pemain perlu siapkan tutorial sebelum boleh pergi ke kawasan kelahiran
  • CrazyCity : bandar dengan idea bangunan yang gila
  • Post : pejabat pos rasmi, tanya moderator jika anda ingin letakkan peti surat anda di situ
  • Unicorn City : bandar berasaskan unikorn
  • BigMAze : pekan dengan pagar sesat yang besar, jangan tersesat pula
  • Battle Arena : kawasan yang baru untuk lawan PvP
  • JeanLand : bandar besar dibina oleh Jean_Neil berhampiran dengan North Road (Jalan Utara)
  • TurtleVille : perkampungan dibina oleh TurtleMiner
  • treecity : bandar dibina di atas rimba
  • ChristmasVillage : bandar dibina oleh moderator AriaJade (MommyKat) untuk krismas
  • HiroCity : bandar dibina oleh Hirokichi untuk orang yang bercakap bahasa Jepun, semua papan tanda ditulis dalam bahasa Jepun (ia tidak dipaparkan pada Minetest dengan fon lalai, anda perlu tetapkan fon Jepun untuk membacanya)
  • yaDu city : sebuah bandar yang dibina oleh yahya1234 dan Dumdum

Acara

Terdapat beberapa acara yang sering diadakan atas pelayan ini:

  • Rare Item Rain (Hujan Item Jarang) - Apabila acara dijalankan, pergi ke IRP (item rain platform/platform hujan item) dengan menulis IRP dalam sembang dan kutiplah item-item yang jarang dijumpai yang jatuh di atas platform
  • Double EXP (EXP berganda) - Apabila acara dijalankan, anda mendapat mata pengalaman (EXP) yang berganda untuk setiap perlakuan
  • Monster Battle (Pertempuran Raksasa) - Apabila acara dijalankan, raksasa akan diturunkan di IRP, bunuh mereka untuk dapatkan EXP
  • Boss Fight (Lawan Bos) - Apabila acara dijalankan, bos raksasa diturunkan di IRP, bunuh mereka untuk lengkapkan usaha (quest) 'kill the boss' *bunuh bos) atau untuk dapatkan EXP yang banyak
  • Blood Night (Malam Berdaran) - Apabila acara dijalankan, raksasa akan diturunkan berhampiran anda secara rawak selagi mana ada ruang untuk diturunkan jadi berhati-hatilah

Tangkapan Layar