Mods/Digilines/ms

From Minetest
Digilines
Blank.png
Sebuah mods
Mod Type Perindustrian
Author Jeija, Mesecon-team
Latest version ?
Forum topic 5263
Source code GitHub
Technical name digilines
Rakan sejawat sistem bas seperti i2c, SPI, RS232, USB - untuk Minetest

Mods ini menambah nod bas digital yang membolehkan nod-nod lain (dan yang pentingnya LuaController) untuk berhubung satu sama lain. Sebarang data, termasuk jadual (dan fungsi, dalam sesetengah versi) boleh dihantar melalui bas sebegitu. Ia juga menambah beberapa nod contoh, yang lainnya boleh didapati dalam mods yang lain.

Objek yang disertakan

  • RTC (Jam Waktu Sebenar) (BI: RTC (Real Time Clock)): menghantar permintaan “GET” untuk mendapatkan waktu semasa
  • LCD (Paparan Tulisan) (BI: LCD (Text Display)): menghantar tulisan arbitrari untuk dipaparkan (tulisan rumi sahaja)
  • Pengesan Cahaya (BI: Light Sensor): menghantar permintaan “GET” untuk mendapatkan tahap cahaya semasa
  • Peti Digiline (BI: Digiline Chest) (tidak berkunci sahaja): memberi pengetahuan pada setiap perubahan dalam peti; tiada fungsi permintaan

Mods yang menyokong digiline

Dua mods besar dan diselenggara dengan baik yang menyokong digilines dengan elok ialah:

Terdapat juga beberapa mods kecil (dan selalunya berpepijat) yang wujud di forum, Github, dll. yang menyokong digiline.

Lihat juga

Mesecons