Help:Translation Notes/ms
From Minetest
This page contains information for Malay translators.
Pemiawaian istilah asas
Sila pastikan istilah-istilah berikut digunapakai. Senarai penuh boleh dilihat di dalam glosari Weblate Minetest.
Bahasa Inggeris (Original English) | Bahasa Melayu (Translated Malay) | Terjemahan istilah Melayu (Translation of Malay definition) | Keterangan (Explanation - in Malay only) |
---|---|---|---|
client | klien | client | |
server | pelayan | server | Ini istilah rasmi bahasa Melayu dan digunapakai dalam Kamus Dewan, Kamus Komputer dan buku-buku berkaitan komputer dalam bahasa Melayu |
map | peta | map | |
map generator | penjana peta | map generator | |
mapgen | penjana peta | map generator | Istilah Inggeris mapgen hanyalah kependekan untuk map generator oleh itu guna terjemahan untuk istilah asal. |
mode | mod | mode | |
mod / mods | mods | mod | Istilah Inggeris tunggal mod atau jamaknya mods merupakan kependekan untuk modules (modul). Untuk terjemahan, gunakan mods sebagai singkatan modifikasi supaya tidak keliru dengan perkataan Melayu mod yang membawa maksud Inggeris mode. Untuk kata jamak Melayu, gunakan kata ganda mods-mods. |
flags | bendera | flag | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi. |
node | nod | node | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi. |
block | blok | block | Digunakan untuk istilah teknikal yang tidak merujuk kepada barangan sebenar, contohnya: Kelegapan blok, Bentuk blok |
bongkah | block | Digunakan untuk barangan sebenar, contohnya: Bongkah Gangsa, Bongkah Batu Arang | |
game | permainan | game | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang komputer dan teknologi. |
subgame | subpermainan | subgame | Awalan sub- digabungkan dengan permainan, ini istilah lama di dalam enjin permainan, kini ia hanya dipanggil sebagai permainan. |
spawn | lahir | birth | Digunakan untuk perbuatan mewujudkan sesuatu, contohnya, spawn egg menjadi telur kelahiran, spawn an animal menjadi lahirkan haiwan. |
permulaan | starting point | Digunakan untuk titik atau kawasan seseorang itu dilahirkan ke dunia atau dilahirkan ke sesuatu tempat, contohnya, spawn area menjadi kawasan permulaan, city spawn menjadi permulaan bandar. | |
respawn | lahir semula | rebirth | |
noclip | tembus blok | go through block | Istilah rasmi untuk clip ialah ketip dalam bidang komputer dan teknologi, tidakketip ialah perkataan rekaan untuk noclip, kapitan ke…an ditambah untuk menunjukkan perihal tidakketip. KEMASKINI: permainan tidak patut menjadi terlalu teknikal oleh itu istilah ketidakketipan telah digantikan dengan tembus blok. |
deprecated | terkecam | the state of not recommended to use | Tiada istilah rasmi dalam bidang komputer, tetapi istilah Inggeris deprecate secara umumnya bermaksud kecam iaitu menegur keburukan. Gunakan istilah ini sehingga istilah rasmi dikeluarkan dalam bahasa Melayu. |
minimap | peta mini | mini map | |
screenshot | tangkapan layar | screen capture | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi |
noise | hingar | noise | Istilah rasmi bahasa Melayu dalam bidang Komputer dan Teknologi |
noise parameter | parameter hingar | noise parameter | |
anisotropic filter | tapisan anisotropik | anisotropic filter | |
item | item | item | Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut |
entity | entiti | entity | Istilah khusus dalam Minetest yang resamnya perlu diikut |
entities | entiti-entiti | entities | Resam perlu diikut, tetapi pakai tatabahasa Melayu |
instrumentation | instrumentasi | instrumentation | Ini istilah dalam pengaturcaraan komputer, tiada padanan dalam bidang komputer dan menggunakan padanan dalam bidang muzik. |
to instrument | menginstrumentasikan | to do instrumentation | Tiada istilah yang sesuai yang wujud, maka ia dicipta dengan perkataan instrumentasi. |
am / is / are / was / were | ialah | is | Gunakan ialah apabila frasa selepasnya frasa nama (seperti "Bongkah batu arang ialah blok"). |
adalah | is | Gunakan adalah apabila frasa selepasnya frasa adjektif (seperti "adalah lebih baik"). | |
(perkataan yang sesuai) | (any suitable word) | Kadang-kala terdapat perkataan yang lebih sesuai berbanding ialah atau adalah, jadi gunakan perkataan tersebut atau tidak perlu terjemahnya. Bergantung kepada konteks penggunaan dalam artikel asal bahasa Inggeris. | |
maintenance | penyenggaraan | maintenance | Jangan gunakan penyelenggaraan yang menerima sisipan -el- kerana ia membawa maksud berbeza sedikit. Lagipun perkataan penyenggaraan digunapakai dalam kamus komputer rasmi terbitan DBP walaupun penyelenggaraan lebih kerap digunakan. |
protection | perlindungan | protection | Perkataan ini digunapakai dalam kamus komputer rasmi terbitan DBP walaupun pelindungan tanpa huruf R juga digunakan. |
teleport | teleportasi | teleportation | (noun / k.n) Perkataan ini digunapakai dalam kebanyakan novel bahasa Melayu dan dicadangkan oleh pihak DBP. |
diteleportasikan | teleported | (verb / k.k) versi kata kerja - seseorang dipindahkan ke tempat lain | |
meneleportasikan | teleporting | (verb / k.k) versi kata kerja - memindahkan orang ke sesuatu tempat | |
pitchmove | pergerakan mencuram | movement that is in constant to one slope direction | Pergerakan yang malar dalam sesuatu kecuraman apabila bergerak satu kali |
placeholder | pemegang tempat | place holder | Istilah sains rasmi untuk sesuatu yang memegang tempat buat sementara waktu |
mapchunk | ketulan peta | map chunk | Ketulan peta dalam enjin permainan |
emerge | timbul | appear / floats | Perkataan ini digunapakai dalam kamus komputer rasmi terbitan DBP. |
Istilah untuk item
Apabila menerjemah artikel berkaitan item (alatan, senjata, blok, dll.), sila pastikan perkara berikut diikut.
- Hanya gunakan perkataan berlian untuk batu berlian (diamond), gunakan perkataan intan untuk benda lain seperti kapak intan (diamond axe) atau bongkah intan (diamond block).
- Istilah untuk pickaxe dalam bahasa Melayu ialah beliung walaupun beliung itu asalnya digunakan sebagai alat pengukir kayu.
- Untuk perkataan orange, gunakan jingga sekiranya ia merujuk kepada warna dan gunakan oren sekiranya ia merujuk kepada buah. Untuk benda yang lain daripada warna dan buah, gunakan akal fikiran untuk tetapkan sama ada ia lebih dekat kepada warna ataupun dekat kepada buah.
- Jangan keliru di antara perkataan bahasa Inggeris air yang bermaksud udara dengan perkataan bahasa Melayu air. Air dalam bahasa Inggerisnya ditulis sebagai water.
- Jangan keliru di antara kelikir dan kerikil. Blok gravel ditulis sebagai kelikir walaupun kerikil juga terjemahan untuk gravel, hal ini kerana sifat blok gravel di dalam Minetest itu lebih kepada kelikir (sejenis pasir berbatu, digali guna penyodok) dan bukannya kerikil (sejenis batu berpasir, digali guna beliung).
- Galian coal dalam bahasa Melayu ialah batu arang manakala galian charcoal dalam bahasa Melayu ialah arang sahaja.
- Blok separuh yang dikenali sebagai slab dalam bahasa Inggeris perlu diterjemah sebagai papak dan bukannya bidur kerana papak lebih banyak digunapakai.
Istilah warna
Sila pastikan istilah-istilah berikut digunapakai untuk warna asas. Istilah warna lain boleh digunapakai sekiranya penampakan berbeza ataupun perlukan variasi yang lebih khusus, berdasarkan pandangan subjektif anda.
Bahasa Inggeris (Original English) |
Bahasa Melayu (Translated Malay) |
Terjemahan istilah Melayu (Translation of Malay definition) |
---|---|---|
White | Putih | White |
Grey | Kelabu | Grey |
Dark Grey | Kelabu Gelap | Dark Grey |
Black | Hitam | Black |
Violet | Ungu | Purple |
Blue | Biru | Blue |
Cyan | Biru Kehijauan | Greenish Blue |
Green | Hijau | Green |
Dark Green | Hijau Gelap | Dark Green |
Red | Merah | Red |
Pink | Merah Jambu | Syzgium Red |
Magenta | Merah Lembayung | Hyacinth Red |
Yellow | Kuning | Yellow |
Brown | Perang | Brown |
Orange | Jingga | Orange |