Games/Minetest Game/Smelting/ms

From Minetest


Peleburan (BI: Smelting) atau turut dipanggil sebagai memasak (BI: Cooking) itu perbuatan menghasilkan barangan diperhalusi dalam Minetest dengan blok istimewa (seperti sebuah relau atau yang serupa dengannya).

Asas-asas peleburan

Dalam Minetest, peleburan juga boleh dianggap sebagai salah satu bentuk pertukangan.

Untuk melebur atau memasak, anda perlukan:

  • Sebarang item bahan api
  • Item yang boleh dilebur/dimasak
  • Medium untuk melebur (seperti relau)

Bahan api sentiasa diperlukan untuk menghasilkan api peleburan/masakan. Batu arang dan barangan berasaskan kayu selalunya digunakan sebagai bahan api. Sebarang jenis bahan api boleh digunakan untuk melebur/memasak apa sahaja asalkan panjang masa pembakarannya cukup. Setiap bahan api mempunyai panjang masanya yang sendiri. Bahan api selalunya digunakan terus apabila proses peleburan/masakan bermula, tetapi ada item bahan api tertentu di mana item tersebut digantikan dengan item yang lain sebaik proses peleburan/masakan bermula.

Item yang boleh dilebur/dimasak ditentukan dengan resipi peleburan. Item yang boleh dilebur/dimasak mestilah disediakan bersama bahan api yang mempunyai jumlah masa tertentu untuk dilebur/dimasak menjadi item yang berbeza (masa penggunaan sebenar bergantung kepada item yang ingin dilebur/dimasak).

Contoh

Longgokan besi dalam Minetest Game boleh dileburkan dalam masa 3 saat. Ini bermakna, untuk melebur satu longgokan besi, anda perlukan bahan api yang boleh bertahan selama 3 saat atau lebih. Banyak jenis bahan api yang boleh membakar dengan masa yang cukup untuk longgokan besi. Anda boleh gunakan longgokan batu arang (memang membazir) atau papan kayu (kurang membazir) atau apa-apa saja bahan api yang lain. Sekiranya satu item bahan api tidak cukup untuk membakarnya, anda perlu tindankan item tersebut (tetapi akan ada selang masa sedikit sebelum bahan api seterusnya digunakan). Oleh itu, anda boleh juga menggunakan 3 helai daun.

Dalam Minetest Game, relau digunakan untuk semua operasi peleburan. Sila rujuk halaman relau untuk belajar cara menggunakannya. Bahagian ini mempunyai resipi peleburan beserta bahan api yang ada di dalam Minetest Game.

Resipi peleburan

Item-item berikut boleh dilebut/dimasak:

Input Relau Output Masa peleburan
Tepung Roti 15s
Batu Buntar Batu 3s
Batu Buntar Berlumut Batu 3s
Batu Buntar Gurun Batu Gurun 3s
Longgokan Tanah Liat Bata Tanah Liat 3s
Longgokan Besi  Jongkong Keluli 3s
Botol Keluli Berat  Jongkong Keluli 3s
Longgokan Tembaga Jongkong Tembaga 3s
Longgokan Timah Jongkong Timah 3s
Longgokan Emas Jongkong Emas 3s
Kunci Induk Jongkong Emas 5s
Kunci Jongkong Emas 5s
Kumpulan “Pasir Kaca 3s
File:Glass fragments.png Timbunan Cebisan Kaca Kaca 3s
Serpihan Obsidia Kaca Obsidia 3s

Bahan Api

Setakat waktu ini, item-item berikut boleh digunakan sebagai bahan api:

Blok Masa pembakaran (saat) Item dilebur setiap bahan api[1] Baki
Bongkah Batu Arang 370 123​⅓ Tiada
Baldi Lava 60 20 Baldi Kosong
Sumber Lava 60 20 Tiada
Longgokan Batu Arang 40 13​⅓ Tiada
Kayu Pokok Hutan 38 12​⅔ Tiada
Kayu Akasia 34 11​⅓ Tiada
Peti Berkunci 30 10 Tiada
Rak Bekas Kaca 30 10 Tiada
Peti 30 10 Tiada
Rak Buku 30 10 Tiada
Kayu Pokok 30 10 Tiada
Kumpulan: Kayu 30 10 Tiada
Kayu Pain 26 8​⅔ Tiada
Kayu Aspen 22 7​⅓ Tiada
Bot 20 6​⅔ Tiada
Kaktus 15 5 Tiada
Pintu Kayu 14 4​⅔ Tiada
Katil Beragam 13 4​⅓ Tiada
Katil Biasa 12 4 Tiada
Anak Pokok Hutan 12 4 Tiada
Anak Pokok Akasia 11 3​⅔ Tiada
Anak Pokok 10 3​⅓ Tiada
Kumpulan: Anak Pokok 10 3​⅓ Tiada
Papan Tanda Kayu 10 3​⅓ Tiada
Papan Kayu Hutan 9 3 Tiada
Pine Sapling Anak Pokok Pain 9 3 Tiada
Junglewood Fence Gate Pintu Pagar Kayu Hutan 9 3 Tiada
Junglewood Fence Pagar Kayu Hutan 9 3 Tiada
Pagar Aspen 8 2​⅔ Tiada
Anak Pokok Aspen 8 2​⅔ Tiada
Papan Kayu Akasia 8 2​⅔ Tiada
Batang Belukar Akasia 8 2​⅔ Tiada
Pintu Pagar Akasia 8 2​⅔ Tiada
Pintu Pagar Kayu 7 2​⅓ Tiada
Pintu Kolong 7 2​⅓ Tiada
Batang Pokok Belukar 7 2​⅓ Tiada
Pagar Kayu 7 2​⅓ Tiada
Papan Kayu 7 2​⅓ Tiada
Kumpulan: Papan Kayu 7 2​⅓ Tiada
Pintu Pagar Pain 6 2 Tiada
Beliung Kayu 6 2 Tiada
Tangga Kayu Hutan 6 2 Tiada
Pagar Pain 6 2 Tiada
Papan Kayu Pain 6 2 Tiada
Tangga Kayu Akasia 6 2 Tiada
Kapak Kayu 6 2 Tiada
Cangkul Kayu 5 1​⅔ Tiada
Papan Kayu Aspen 5 1​⅔ Tiada
Pedang Kayu 5 1​⅔ Tiada
Pintu Pagar Aspen 5 1​⅔ Tiada
Pagar Aspen 5 1​⅔ Tiada
Tangga Kayu 5 1​⅔ Tiada
Obor 4 1​⅓ Tiada
Tangga Kayu Pain 4 1​⅓ Tiada
Papak Kayu Akasia 4 1​⅓ Tiada
Papak Kayu Hutan 4 1​⅓ Tiada
Penyodok Kayu 4 1​⅓ Tiada
Epal 3 1 Tiada
Jerami 3 1 Tiada
Papak Kayu 3 1 Tiada
Papak Kayu Pain 3 1 Tiada
Buku 3 1 Tiada
Buku Bertulisan 3 1 Tiada
Aspen Wood Stair Tangga Kayu Aspen 3 1 Tiada
Rumput Kering 2 Tiada
Rumput 2 Tiada
Tangga Jerami 2 Tiada
Rumput Hutan 2 Tiada
Pokok Renek Kering 2 Tiada
Tangga Panjat Kayu 2 Tiada
Papak Kayu Aspen 2 Tiada
Kumpulan: Daun 1 Tiada
Kertas 1 Tiada
Kapas 1 Tiada
Serpihan Kayu 1 Tiada
Papak Jerami 1 Tiada
Papirus 1 Tiada
Gandum 1 Tiada
  1. Menganggap masa peleburan ditetapkan pada 3 saat