Games/LOTH/ms
LOTH | |
---|---|
Sebuah permainan | |
Game Type | Bertema |
Author | KGM |
Latest version | 1.2.6.2 |
Forum topic | dipadam |
Source code | GitHub |
Maklumat berkaitan LOTH : Permainan Kemandirian Ekstrim bertemakan Lord Of The Rings
Al-Kisah
LOTH ini permainan Minetest yang agak baru dan bertemakan Lord of the Rings. Idea utamanya ialah untuk pemain mengalahkan Sauron, dapatkan satu-satunya cincin, dan bawa ia ke tempat yang selamat. Bergantung kepada kumpulan mana pemain itu berada (ditetapkan secara rawak pada kelahiran pertama), sesetengah mob akan berkawan dengannya namun yang lain akan bermusuh. Mencederakan atau membunuh mob kawan dan mencuri barang akan menyebabkan hukuman oleh kumpulan tertentu. Pemain perlu makan secara seimbang dan minum (daripada baldi :) ), kalau tidak dia akan mati secara perlahan. Anak panah tidak boleh membunuh bos raksasa, kecuali anak panah hitam yang boleh digunakan untuk membunuh naga-naga Api Untuk membunuh bos raksasa, senjata yang epik perlu didapatkan terlebih dahulu, senjata epik ini unik, jadi mereka tidak boleh dicipta, namun mereka juga tidak akan rosak. Mereka boleh dijumpai apabila Trolls mati di dalam gua. Sesetengahnya mengilaukan warna biru apabila ork berada dekat... Jika pemain inginkan lebih banyak haluan ketika perjalanan, dia perlu membuka sebelas peti sehingga dia jumpa peta menunjukkan semua biom dan lautan untuk seluruh dunia. Jika pemain tak nak berjalan jauh untuk mencari bos, kebanyakannya boleh dijumpai di dalam gua atau dalam dunia neraka Nether. Untuk turun ke Nether, pemain perlu mencipta Netherkey. Untuk keluar dari Nether hidup-hidup, pemain mesti naik ke atas gunung yang tajam dan klik pada rak teleport putih bersinar. Untuk membuatkan Sauron turun, pemain perlu mengalahkan semua bos jahat yang lain dengan sendirinya (paling kurang sekali untuk setiap bos). Untuk dapatkan cincin, pemain mesti bunuh Sauron, ini berlaku ikut nasib, jadi jangan risau kalau mata kesihatan (HP) Sauron tidak menurun... Jika pemain telah dapatkan satu-satunya cincin tersebut, dia mestilah bawa ia ke tempat yang selamat sebab kalau dia mati dengan cincin dalam inventori, ia akan hilang dan Sauron datang lagi.
Cara Main Pelayan
- membuka peti berkunci pemain lain boleh menyebabkan penghukuman oleh kumpulan tertentu.
- menyerang dan membunuh pemain lain boleh menyebabkan penghukuman oleh kumpulan tertentu.
- bebola magik biru (blue magic balls) boleh digunakan untuk melindungi bangunan, kerana mereka akan memburu pemain lain yang mencuri barangan.
- pemain boleh membina perangkap untuk melindungi bangunan mereka (batu perangkap jatuh (falling trapstones), lava di bawah (underneath lava) dll.)
- untuk pentadbir pemain : jangan pasang sebarang mods pelindungan, kerana ia membuatkan cara main membosankan.