Falling Block/ms
Blok Kejatuhan | |
---|---|
Sebuah objek dalam Minetest | |
Health | ∞ |
Object collision | Tidak |
Block collision | Ya |
Entitystring | __builtin:falling_node |
Sebuah blok kejatuhan (BI: falling block) atau nod kejatuhan (BI: falling node) ialah sebuah objek yang muncul apabila blok yang mampu jatuh (seperti pasir atau kelikir dalam Minetest Game) mula untuk jatuh. Kami juga memanggil blok yang mampu jatuh sebagai “blok fizikal” (BI: physical block) manakala objek yang sebenarnya sedang jatuh dipanggil sebagai “blok kejatuhan”.
Mencetuskan kejatuhan
Selalunya, blok fizikal berada di atas blok pepejal padu. Apabila blok pepejal padu yang “menyokong” di bawah blok fizikal tersebut digali atau digantikan dengan mana-mana blok boleh lalu seperti udara atau air), blok tersebut mula jatuh ke bawah.
Sangat jarang blok fizikal terapung bebas, namun kadang kala penjana peta mungkin akan menjana pasir terapung. Ini bukannya tidak sengaja.
Dalam hal tersebut, blok fizikal tidak jatuh dengan sendirinya. Namun mereka akan jatuh apabila mereka diketuk atau menerima kemaskini. Sekiranya sebuah blok mula jatuh, ia juga akan kemaskini jiran yang bersentuhan dengannya. Terdapat juga cara lain untuk blok fizikal menerima kemaskini. Ini bermakna, mengetuk salah satu blok pasir daripada gumpulan pasir terapung yang besar akan menyebabkan tindak balas berantai dan semua pasir akan jatuh ke bawah.
Selepas kejatuhan
Blok kejatuhan berhenti apabila ia mendarat di atas blok pepejal padu. Ada dua perkara yang boleh terjadi:
- Sekiranya blok bersifat boleh ganti berada di posisi kejatuhan maka blok tersebut akan dimusnahkan (contoh dalam Minetest Game: air, udara, bunga, rumput)
- Sekiranya blok bersifat tidak boleh ganti berada di posisi kejatuhan maka blok tersebut akan jatuh sebagai item (contoh dalam Minetest Game: obor)
Contoh:
- Jika pasir jatuh ke dalam blok udara, pasir akan menggantikan blok udara tersebut jadi blok udara akan hilang.
- Jika pasir jatuh ke atas bunga, sama saja: Bunga akan hilang juga.
- Jika pasir jatuh ke atas obor, obor tersebut akan jatuh sebagai item dan pasir mengambil tempatnya.
Blok fizikal dalam Minetest Game
Blok-blok fizikal berikut wujud dalam Minetest Game:
- Pasir
- Pasir Gurun
- Pasir Perak
- Kelikir
- Tanih Pasir Gurun
- Tanih Pasir Gurun Lembap
- Salji
- TNT yang menyala
Untuk senarai terkini, sila lihat Kategori:Kejatuhan (halaman yang berakhir dengan /ms
ialah halaman berbahasa Melayu).