Template:Bed/ms

From Minetest


Perihal

Katil boleh digunakan untuk melangkau waktu malam dan menetapkan titik permulaan. Untuk melangkau katil, hanya gunakan katil tersebut.

Apabila bermain dalam mod pemain perseorangan, waktu malam akan dilangkau dengan segera. Apabila bermain dalam pelayan, anda akan ditunjukkan jumlah pemain yang turut tidur atas katil. Apabila semua pemain tidur maka waktu malam akan dilangkau juga. Langkauan waktu malam juga boleh dipaksa sekiranya tetapan dibolehkan apabila lebih daripada 50% pemain sedang tidur atas katil.

Katil juga menukar titik permulaan. Sekiranya anda telah tidur atas sesuatu katil (dan berjaya melangkau waktu malam) maka titik permulaan untuk lahir semula setelah anda mati ditetapkan kepada katil tersebut.

Penatarajahan

Tetapan yang ada dalam minetest.conf:

  • enable_bed_respawn: Tetapkan kepada false untuk melumpuhkan lahir semula dekat katil. Asalnya: true
  • enable_bed_night_skip: Tetapkan kepada false untuk melumpuhkan pelangkauan waktu malam apabila menggunakan katil. Asalnya: true