Games/Tutorial/ms

From Minetest
Revision as of 11:19, 9 April 2021 by >Voxel
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Tutorial
Tutorial logo.png
Sebuah permainan
Game Type Tutorial
Author Wuzzy
Latest version 3.0.0
Forum topic 10192
Source code repo.or.cz

Tutorial ialah sebuah “permainan” tidak rasmi untuk Minetest yang mengajar asas gaya permainan Minetest dalam sebuah istana yang indah. Matlamatnya untuk menyelesaikan kesemua pelajaran dan memenangi piala emas.

Tutorial tertumpu kepada gaya permainan persendirian asas dan tidak fokus pada mana-mana permainan untuk Minetest. Kebanyakan pelajaran juga terpakai untuk permainan ramai. Artikel ini akan membimbing anda cara untuk pasang dan mulakan tutorial.

Tutorial ini tidak didatangkan bersama-sama Minetest dan mesti dimuat turun secara berasingan.

Tangkapan Layar

Ini rupa tutorial:

Tangkapan layar dunia Tutorial

Bimbingan

Cara untuk pasang

Untuk pasang tutorial versi biasa, ikuti langkah ini:

  • Muat turun pakej tutorial, pautan ada di bebenang forum ini: [1] (bahasa Inggeris)
  • Bergantung kepada sistem pengoperasian anda, anda perlu menyari arkib Zip ke dalam direktori berikut:
    • GNU/Linux: $HOME/.minetest/games, di mana “$HOME” merujuk kepada direktori rerumah anda.
    • Mac OS: $HOME/.minetest/games, di mana “$HOME” merujuk kepada direktori rerumah anda.
    • Windows: ke dalam subfolder games dalam folder di mana anda pasangkan Minetest. Ianya direktori yang mempunyai direktori bin (yang mana mengandungi minetest.exe), builtin, client, doc, fonts, games, locale, mods dan textures (senarai ini tidak semestinya lengkap).
  • Namakan semula direktori yang dikeluarkan dari arkib Zip tersebut menjadi “tutorial”, sekiranya ia tidak dinamakan sebegitu

Sekiranya direktori “games” tidak wujud, ciptakannya.

Cara untuk mula

Untuk mulakan tutorial, ikuti langkah berikut:

  • Mulakan Minetest
  • Pilih tab “Mula Main”
  • Klik pada ikon biru dengan topi graduasi yang berlabel “Tutorial” (jika ikon ini tidak wujud, periksa semula dan pastikan folder “tutorial” berada di tempat yang betul)
  • Cipta dunia (klik “Baharu”) dan pilihnya.
  • Pastikan kotak tanda “Mod Kreatif” tidak bertanda, “Bolehkan Kecederaan” ditanda dan “Hos Pelayan” tidak bertanda.

Menu utama patut kelihatan seperti ini sekarang:

Main Menu Tutorial.png

Akhirnya, klik pada “Main Permainan”. Minetest akan mula dan muatkan tutorial. Jika pemuatan selesai, anda patut nampak sesuatu seperti ini:

Tutorial1.8.0 Startsceen.png

Dari waktu ini, tutorial tersebut akan membimbing anda menempuhi permainan.

Bergembiralah dengan Minetest!

Pautan