Crafting guide/ms

From Minetest
Revision as of 19:56, 15 June 2018 by >Muhdnurhidayat (Update translation)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Panduan pertukangan ialah elemen GUI yang membolehkan pemain melihat item mana yang diperlukan untuk mencipta sesuatu item dengan menyediakan resipi pertukangan. Sesetengah panduan pertukangan turut didatangkan dengan resipi peleburan tetapi ia bukanlah wajib. Banyak permainan yang mempunyai panduan pertukangan mereka sendiri. Pengecualian utama ialah permainan Minetest Game kerana ia tiada panduan pertukangan.

Untuk permainan yang tiada panduan pertukangan, anda boleh menambahnya dengan memasangkan dan membolehkan mods panduan pertukangan (lihat bawah).

Senarai mods panduan pertukangan

Nama Nama pendek Cara guna Saiz resipi maksimum Berbentuk Tidak berbentuk Jumlah output Kumpulan Peleburan Bahan api Penggantian Pembaikan Fungsi lain
Crafting Guide craftguide Item buku, papan tanda pertukangan 5×5[1] Ya Ya Ya Ya Ya Ya Tidak Tidak Ada panduan pertukangan terbalik, pencarian item, ada pilihan untuk “Mod Progresif” yang hanya menunjukkan resipi yang anda boleh cipta berdasarkan item yang sedia ada dalam inventori, pemain boleh tetapkan saiz “tetingkap”
Unified Inventory unified_inventory Menu inventori 16×16 Ya Ya Ya Ya Asas Tidak Tidak Tidak Ada panduan pertukangan terbalik, menunjukkan jumlah penjatuhan item, pencarian item, pindahkan item ke dalam grid pertukangan, menunjukkan rentetan item
Smart Inventory smart_inventory Menu inventori 3×3 Ya s.b. Ya Ya Asas Ya Rosak Tidak Pencarian item, penapisan item, pindahkan item ke dalam grid pertukangan, menunjukkan rentetan item
Zeg9's craft guide zcg Menu inventory 3×3 Ya s.b. Tidak Teruk Asas Tidak Tidak Tidak Sejarah
Craft Guide Mod Renewed cgmr Papan tanda pertukangan, komputer pertukangan 5×5 Ya s.b. Tidak Teruk Asas Tidak Tidak Tidak Penanda item, pencarian item, menunjukkan rentetan item
Craft Guide craft_guide Papan tanda pertukangan, komputer pertukangan 3×3 Ya s.b. Ya Teruk Asas Tidak Tidak Tidak Penanda item, pencarian item
  1. Saiz maksimum boleh dinaikkan melalui tetapan tetapi ia akan menjejaskan prestasi pada resipi yang sangat besar

Maksud lajur

  • Nama: Nama penuh mods tersebut dalam bahasa asal penerbitan mods
  • Nama pendek: Nama pendek mods tersebut yang digunakan di peringkat dalaman
  • Cara guna: Macam mana nak gunakan panduan pertukangan
  • Saiz resipi maksimum: Saiz maksimum untuk sokongan resipi pertukangan berbentuk sebelum mods tersebut gagal. Adalah selamat untuk katakan sokongan resipi sehingga saiz 5×5 sudah lebih daripada cukup, kerana resipi yang lebih besar akan menjadi terlalu besar dan memakan ruang
  • Berbentuk: Menyokong resipi berbentuk
  • Tidak berbentuk:
    • Ya: Menyokong resipi tidak berbentuk dan menunjukkan dengan jelas perbezaan resipinya berbanding resipi berbentuk
    • s.b.: “seperti berbentuk”. Resipi tidak berbentuk disokong, tetapi resipi tersebut ditunjukkan seolah-olah mereka resipi berbentuk
  • Jumlah output: Jumlah output untuk kesemua resipi ditunjukkan dengan betul
  • Peleburan:
    • Ya: Menyokong resipi peleburan dan menunjukkan masa peleburan untuk item yang dilebur
    • Asas: Menyokong resipi peleburan
  • Kumpulan
    • Ya: Slot kumpulan item dibezakan dengan jelas dan kumpulan item yang diperlukan dinyatakan dengan tepat
    • Sebahagian: Slot kumpulan item dibezakan dengan betul, tetapi tidak tepat penyataannya kepada pengguna
    • Teruk: Hanya resipi yang konkrit (tetapi betul) diberikan kepada resipi berasaskan kumpulan
    • Tidak: Resipi berasaskan kumpulan item gagal ditunjukkan
  • Bahan api: Menyenaraikan bahan api yang ada
    • Ya: Menunjukkan bahan api berserta masa pembakaran
    • Asas: Menunjukkan bahan api yang ada
  • Penggantian: Menyokong resipi yang mana sesuatu item digantikan dengan item lain selepas pertukangan
  • Pembaikan: Menunjukkan resipi pembaikan alatan istimewa (dan bonus pembaikan)
  • Fungsi lain: Menyenaraikan ciri lain yang istimewa kepada mods panduan pertukangan tersebut

Senarai permainan dengan panduan pertukangan

Untuk permainan yang disenaraikan di bawah, anda tidak perlu membolehkan mods panduan pertukangan secara manual, kerana mereka mempunyai panduan pertukangan mereka yang sendiri:

  • Aftermath
  • Big Freaking Dig
  • Carbone NG
  • Cobalt
  • Eden2
  • Extreme Survival
  • Dwarves
  • Farlands
  • Legend of Minetest
  • Lord of the Test
  • LOTH
  • MineClone 2
  • Minetest Hades
  • Minetest Preindustrial
  • Minetest TNG
  • Pixture
  • Regnum
  • rpgtest
  • Spiffy
  • Spacetest
  • Technic
  • Test the beast
  • VoxBox
  • Voxelgarden
  • Voxiworld
  • Wasteland TNG