User:Muhdnurhidayat/ms: Difference between revisions

From Minetest
>Muhdnurhidayat
(update my profile translation)
>Muhdnurhidayat
(update my profile translation)

Revision as of 09:45, 3 November 2019

Muhdnurhidayat
Penterjemah Wiki Minetest
Nama pengguna Minetest muhdnurhidayat
Nama pengguna Github MuhdNurHidayat
Nama diberi Nurul Azeera Hidayah @ Muhammad Nur Hidayat
Nasab Tidak dikongsikan
Dikenali sebagai MNH, Muhd
Nama panggilan Yaya, Hidayat, Yatsuko
Masa MST (GMT+8)
Warganegara Malaysia
Benua Asia
Jantina Bukan-perduaan berkecenderungan-keperempuanan (Separa-perempuan)
Bahasa ibunda Bahasa Melayu
Bahasa kedua Bahasa Cina (Mandarin)[1]
Bahasa ketiga Bahasa Inggeris[2]
Bahasa keempat Bahasa Jepun[3]
Platform terjemahan Chrome for Android
Terjemahan pertama dalam Wiki Halaman Utama
Terjemahan pertama luar Wiki ?
Profil forum 20190

Muhdnurhidayat atau selalunya ditulis dengan huruf kecil semua muhdnurhidayat ialah pemain Minetest sejak 9 November 2016 dan telah membuat beberapa pelayan Minetest tempatan melalui LAN. Dia juga memiliki sebuah pelayan percubaan yang dihoskan atas VPS bernama Jom Main Minetest!! di atas talian. Pelayan tersebut tidaklah selalu ada kerana ia hanya pelayan percubaan selalunya untuk memcuba terjemahan mods dalam suasana pelbagai pemain.

Dia membuat keputusan untuk menterjemah Minetest ke dalam bahasa Melayu setelah mengetahui ianya belum wujud dalam bahasa Melayu. Dia menyumbang kepada Wiki Minetest sejak April 2017[4] dan menyumbang kepada terjemahan Minetest Game sejak Februari 2017.[5]

Muhdnurhidayat masih baharu dalam komuniti Minetest dan anda boleh baca lebih lanjut berkaitan bagaimana dia terjumpa Minetest dekat artikel laman webnya.

Muhdnurhidayat

Nama pengguna Muhdnurhidayat itu gabungan bahagian terakhir nama sebenarnya, Nurul Azeera Hidayah @ Muhammad Nur Hidayat. Seperti kebiasaanya, Muhammad akan dipendekkan kepada Muhd apabila dirasakan terlalu panjang. Kebanyakan orang Malaysia boleh membaca Muhd dengan betul sebagai /muhammad/ tetapi bagi orang asing, dia terima sahaja bacaan lain perkataan tersebut seperti bunyi /məhʔ/ atau /məhdi/. Muhdnurhidayat juga dikenali sebagai Xi Daya (喜达亚) dalam bahasa Cina seperti ditulis dalam sijil tamat sekolah rendah, dan dikenali sebagai Yasuyoshi Yatsuko (安喜弥津子) iaitu nama yang diciptanya dalam bahasa Jepun. Dia selalunya dipanggil sebagai Yaya di dunia nyata.

Anda boleh menghubunginya melalui halaman perbincangannya sendiri], dengan menghantar mesej peribadi dalam forum Minetest, komen dekat perbincangan YouTube atau tweet dekat Twitter. Alternatifnya, dia juga menerima emel melalui emel maklumbalas khusus untuk maklumbalas berkaitan Minetest di minetest(at)mnh48(dot)moe yang akan dipaparkan kepada semua di pelayan The MNH48 Discord miliknya. Anda boleh menghubunginya dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina atau Jepun.

Ambil perhatian bahawa dia memeriksa wiki, forum dan GitHub Minetest setiap minggu. Tiada aktiviti terbaru tidak bermakna dia berjauhan dari komuniti, cuma dia sibuk dengan dunia nyata.

Sumbangan

Ambil perhatian bahawa sumbangan yang ditulis di sini hanyalah yang mana berkaitan dengan Minetest. Untuk senarai sumbangannya yang tidak berkaitan dengan Minetest maka anda perlu menunggunya menyiapkan laman web pertunjukan terjemahan miliknya dahulu (atau alternatifnya lihat profil GitHub miliknya kerana kebanyakan sumbangan dibuat menerusi GitHub).

Terjemahan melalui Weblate yang berkaitan dengan Minetest

  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Minetest.[6]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Game Internationalization.[7]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Android Manager.[8]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Lapis Lazuli.[9]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Storage Drawers.[10]
  • Terjemahan bahasa Melayu dalam Mods Jukebox.[11]

Berkaitan wiki

There are no results for this report.

Berkaitan mods

  • PR diterima: Terjemahan bahasa Melayu dalam Homedecor Modpack.[12][13]
  • PR diterima: Menukar cara resepi pertukangan didaftarkan dalam mods waffles.[14]
  • PR diterima: Terjemahan bahasa Melayu dalam Display Modpack.[15]
  • Kemasukan: Terjemahan bahasa Melayu dalam dokumen intllib. [16]
  • PR diterima: Terjemahan bahasa Melayu dalam Currency.[17]
  • PR diterima: Terjemahan bahasa Melayu dalam Unified Dyes.[18]

Gaya terjemahan

Muhdnurhidayat menterjemah dengan cara luar ke dalam, ini bermakna dia menterjemah halaman hadapan sebelum menterjemah halaman yang berpaut kepada halaman hadapan tersebut, dan ulang proses itu dengan halaman berpaut sebagai halaman hadapan yang baru.

Baca selanjutnya

Nota dan rujukan

  1. Mula belajar Bahasa Mandarin Piawai Malaysia (Malaysian Standard Mandarin) ketika tahun pertama tadika.
  2. Mula belajar Bahasa Inggeris Malaysia ketika tahun satu sekolah rendah.
  3. Mula belajar sendiri Bahasa Jepun ketika tingkatan dua sekolah menengah.
  4. Sumbangan Muhdnurhidayat terhadap Wiki Minetest (bahasa Inggeris)
  5. Pengguna Weblate - muhdnurhidayat (bahasa Inggeris)
  6. Sejarah Minetest (bahasa Inggeris)
  7. Sejarah mtg_i18n (bahasa Inggeris)
  8. Sejarah mtmods4android (bahasa Inggeris)
  9. Sejarah mod-lapis-lazuli (bahasa Inggeris)
  10. Sejarah mod-storage-drawers (bahasa Inggeris)
  11. Sejarah mod-jukebox (bahasa Inggeris)
  12. Homedecor Modpack PR #333
  13. Homedecor Modpack PR #396
  14. Waffles PR #1
  15. Display Modpack PR #7
  16. intllib Commit 9192771
  17. Currency PR #13
  18. Unified Dyes PR #20