Mods/Storage Drawers/ms: Difference between revisions
>Voxel No edit summary |
>Voxel No edit summary |
(No difference)
|
Revision as of 20:52, 17 April 2021
Mods ini menyokong terjemahan melalui mods intllib. Mods ini boleh didapati dalam bahasa Melayu! |
Storage Drawers | |
---|---|
Sebuah mods | |
Mod Type | Pembinaan |
Author | LNJ |
Forum topic | 17134 |
Source code | GitHub |
Technical name | drawers |
Storage Drawers (Laci Simpanan) ialah sebuah mods Minetest yang dicipta oleh LNJ, berdasarkan modifikasi Minecraft yang dicipta oleh Justin Aquadro, kedua-duanya diterbitkan di bawah lesen MIT. Mods ini menambah laci simpanan item ringkas yang menunjukkan imej inventori item di bahagian depan. Dengan mengklik-kiri atau -kanan imej tersebut, anda boleh mengambil atau menambah tindanan ke dalam simpanan. Jika anda turut menekan kekunci shift ketika mengklik maka hanya satu item akan diambil/ditambah. Mods ini sesuai untuk digunakan dalam permainan Minetest Game atau yang serupa dengannya dan juga MineClone 2.
Kebergantungan
Mods ini memerlukan Minetest 0.4.14 atau yang lebih baru. (Dicuba/Dibangunkan dekat MT 0.4.15)
Mods ini hanya ada kebergantungan mods pilihan untuk resipi pertukangan. Ia hanya bergantung secara pilihan kepada mods default
untuk permainan Minetest Game atau yang serupa, dan mcl_core
& mcl_chests
untuk permainan MineClone 2.
Lesen
Kod penuh & Tekstur di bawah lesen MIT, Terjemahan di bawah CC0 1.0. Sesetengah kod digunakan semula daripada mods caches yang diterbitkan oleh mtango688 di bawah WTFPL (Bahasa Inggeris). Lihat LICENSE.txt (bahasa Inggeris) untuk maklumat lanjut.
Muat turun
Layari kodnya dekat GitHub.
Pautan muat turun:
Terjemahan
Mods ini menyokong Pustaka Pengantarabangsaan untuk Minetest, anda boleh membantu menterjemah mods ini ke dalam bahasa anda melalui Weblate.
Bahasa yang disokong ketika ini:
- Bahasa Belarus (terjemahan: victorenator)
- Bahasa Jerman (terjemahan: LNJ)
- Bahasa Melayu (terjemahan: MuhdNurHidayat)
- Bahasa Poland (terjemahan: jimi15)
- Bahasa Sepanyol (terjemahan: MineYosh)
- Bahasa Turki (terjemahan: Monolifed)
Resipi Pertukangan
Artikel ini tidak lengkap. Sila bantu kembangkan artikel ini dengan memasukkan lebih banyak maklumat yang berguna. |
Untuk Minetest Game:
Nama | Bahan-bahan | Input → Output | Keterangan | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Laci | Papan Kayu Akasia atau Papan Kayu Aspen atau Papan Kayu Hutan atau Papan Kayu Pain atau Papan Kayu + Peti |
|
Mempunyai 1 laci setiap blok simpanan. | ||||||||||||
Laci (1x2) | Papan Kayu Akasia atau Papan Kayu Aspen or Papan Kayu Hutan atau Papan Kayu Pain atau Papan Kayu + Peti |
|
Mempunyai 2 laci setiap blok simpanan. | ||||||||||||
Laci (2x2) | Papan Kayu Akasia atau Papan Kayu Aspen atau Papan Kayu Hutan atau Papan Kayu Pain atau Papan Kayu + Peti |
|
Mempunyai 4 laci setiap blok simpanan. |