Games/Tutorial/ms: Difference between revisions
>Voxel No edit summary |
>Voxel No edit summary |
(No difference)
|
Latest revision as of 11:19, 9 April 2021
Tutorial | |
---|---|
Sebuah permainan | |
Game Type | Tutorial |
Author | Wuzzy |
Latest version | 3.0.0 |
Forum topic | 10192 |
Source code | repo.or.cz |
Tutorial ialah sebuah “permainan” tidak rasmi untuk Minetest yang mengajar asas gaya permainan Minetest dalam sebuah istana yang indah. Matlamatnya untuk menyelesaikan kesemua pelajaran dan memenangi piala emas.
Tutorial tertumpu kepada gaya permainan persendirian asas dan tidak fokus pada mana-mana permainan untuk Minetest. Kebanyakan pelajaran juga terpakai untuk permainan ramai. Artikel ini akan membimbing anda cara untuk pasang dan mulakan tutorial.
Tutorial ini tidak didatangkan bersama-sama Minetest dan mesti dimuat turun secara berasingan.
Tangkapan Layar
Ini rupa tutorial:
Bimbingan
Cara untuk pasang
Untuk pasang tutorial versi biasa, ikuti langkah ini:
- Muat turun pakej tutorial, pautan ada di bebenang forum ini: [1] (bahasa Inggeris)
- Bergantung kepada sistem pengoperasian anda, anda perlu menyari arkib Zip ke dalam direktori berikut:
- GNU/Linux:
$HOME/.minetest/games
, di mana “$HOME
” merujuk kepada direktori rerumah anda. - Mac OS:
$HOME/.minetest/games
, di mana “$HOME
” merujuk kepada direktori rerumah anda. - Windows: ke dalam subfolder
games
dalam folder di mana anda pasangkan Minetest. Ianya direktori yang mempunyai direktoribin
(yang mana mengandungiminetest.exe
),builtin
,client
,doc
,fonts
,games
,locale
,mods
dantextures
(senarai ini tidak semestinya lengkap).
- GNU/Linux:
- Namakan semula direktori yang dikeluarkan dari arkib Zip tersebut menjadi “tutorial”, sekiranya ia tidak dinamakan sebegitu
Sekiranya direktori “games” tidak wujud, ciptakannya.
Cara untuk mula
Untuk mulakan tutorial, ikuti langkah berikut:
- Mulakan Minetest
- Pilih tab “Mula Main”
- Klik pada ikon biru dengan topi graduasi yang berlabel “Tutorial” (jika ikon ini tidak wujud, periksa semula dan pastikan folder “tutorial” berada di tempat yang betul)
- Cipta dunia (klik “Baharu”) dan pilihnya.
- Pastikan kotak tanda “Mod Kreatif” tidak bertanda, “Bolehkan Kecederaan” ditanda dan “Hos Pelayan” tidak bertanda.
Menu utama patut kelihatan seperti ini sekarang:
Akhirnya, klik pada “Main Permainan”. Minetest akan mula dan muatkan tutorial. Jika pemuatan selesai, anda patut nampak sesuatu seperti ini:
Dari waktu ini, tutorial tersebut akan membimbing anda menempuhi permainan.
Bergembiralah dengan Minetest!
Pautan
- Bebenang forum dan perbincangan (bahasa Inggeris)