Worlds/ms

From Minetest


Mbox important.png Artikel ini tidak lengkap.
Sila bantu kembangkan artikel ini dengan memasukkan lebih banyak maklumat yang berguna.

Dunia (BI: World) mempunyai suasana dan/atau bangunan yang anda boleh main. Dunia juga mengandungi semua data tersimpan berkaitan dunia, seperti data pemain, kedudukan mob, tahap kesihatan, kelemasan, dan yang seangkatan dengannya.

Pemasangan

Untuk memasang dunia: Anda perlu menyari mereka dahulu — kebanyakannya diberi dalam format arkib .zip, sesetengahnya di dalam format arkib .rar atau .tar.gz. Untuk menyari fail .tar.gz dan .rar dekat Windows, anda perlukan aturcara 7-Zip.

Letakkan fail yang telah disarikan ke dalam folder “worlds” di dalam folder pemasangan Minetest anda. Fail-fail seperti env_meta.txt mesti berada di dalam folder dunia berkenaan (cth. “worlds/duniaku/env_meta.txt”).

Selalunya, fail mampatan turut mengandungi folder “mods”, fail-fail dari situ perlu diletakkan ke dalam folder “mods” anda untuk menunjukkan beberapa blok tambahan.

  • Lokasi direktori worlds di dalam struktur direktori pemasangan Minetest persekitaran run-in-place, termasuk beberapa folder yang Minetest tambah setelah lama guna seperti folder client dan server, dan juga kedudukan (…) di mana kandungan sendiri boleh dimasukkan. Folder tidak berkaitan tidak dikembangkan.
Contoh berkomen ini menunjukkan lokasi dan struktur dunia bernama "duniaku":

    minetest/
    ├── worlds/        (folder ini akan dicipta apabila dunia tempatan/permainan tunggal dicipta)
    │   ├── duniaku       (nama dunia yang pemain tetapkan ketika ia dicipta)
    │   │   ├── players/     (data dalam permainan untuk setiap pemain)
    │   │   ├── worldmods/   (cipta folder ini untuk mods-mods eksklusif dunia)
    │   │   ├── auth.txt     (data log masuk pemain)
    │   │   ├── env_meta.txt (mengandungi maklumat berkaitan masa selalunya)
    │   │   ├── map.sqlite   (pangkalan data mengandungi peta. Nama mungkin berbeza bergantung
    |   |   |                 kepada bahagian belakang yang digunakan)
    │   │   ├── map_meta.txt (mentakrifkan janapeta mana yang digunakan dan bagaimana cara gunanya)
    │   │   └── world.mt     (sekurang-kurangnya mengandungi id subpermainan yang mana ia tidak
    |   |                     dipaparkan dalam tab pemain perseorangan sekiranya tidak diisi)
    │   └── … (lebih banyak dunia yang disimpan. Sesetengahnya dengan mods dunia eksklusif)
    │
    └── (fail-fail lain dan direktori)


Kandungan direktori dunia

Seperti yang dijelaskan dalam fail bahasa Inggeris world_format.txt yang diedarkan bersama setiap salinan Minetest di dalam folder docs.


auth.txt

Mengandungi data pengesahan pemain, seorang pemain per baris.

 <nama>:<kata laluan cincangan>:<keistimewaan1,...>

Format lama (sehingga 0.4.12) untuk cincangan kata laluan ialah <nama><kata laluan> di-SHA1-kan di dalam pengekodan kuasa 64.

Format (sejak 0.4.13) untuk cincangan kata laluan ialah #1#<garam>#<penyemak>, dengan bahagian di dalam <> dikodkan dalam pengekodan kuasa 64. <penyemak> ialah penyemak mesra-SRP RFC 2945, untuk garam diberi, kata laluan dan nama pemain dihurufkecilkan, ia menggunakan kumpulan 2048-bit seperti yang dinyatakan dalam fungsi cincangan RFC 5054 dan SHA-256.


env_meta.txt

Pembolehubah suasana global ringkas. Contoh kandungan:

 game_time = 73471
 time_of_day = 19118
 EnvArgsEnd


ipban.txt

Senarai alamat dan nama pengguna dari sekatan IP. Contoh kandungan:

 123.456.78.9|foo
 123.456.78.10|bar

map_meta.txt

Pembolehubah peta global yang ringkas. Penjana peta boleh ditakrifkan di sini dan diubahsuai dengan parameter. Contoh kandungan:

 seed = 7980462765762429666
 [end_of_params]


map.sqlite

Data peta. Nama mungkin berbeza bergantung kepada jenis bahagian belakang pangkalan data yang digunakan.


world.mt

Metadata dunia. Sekurang-kurangnya fail ini perlu ada bersama dengan fail pangkalan data kerana Minetest tidak akan menyenaraikan dunia sekiranya ia tidak tahu subpermainan manakah yang diperlukan untuk peta tersebut. Contoh kandungan:

 gameid = mesetint


/player (folder)

Data pemain. Nama fail boleh jadi apa saja. Mengandungi data dalam permainan untuk setiap pemain di dalam fail yang dinamakan mengikut nama pemain.


/worldmods (folder)

Folder pilihan ini boleh digunakan untuk memasang mods yang hanya diperlukan secara eksklusif untuk dunia tersebut.


Mencari dunia

  • Lihat bahagian Maps (Peta) di dalam Forum (semuanya dalam bahasa Inggeris).


Penciptaan / Pengimportan fail Schem

Fail schem (.mts) digunakan untuk mengimport bangunan ke dalam dunia dengan menggunakan mods WorldEdit. Fail ini boleh dijumpai di dalam folder “worlds/<nama_dunia>/schems”.


  • Untuk mencipta fail schem :
  1. Taipkan nama dunia anda (dengan WorldEdit diaktifkan).
  2. Berikan diri anda kesemua keistimewaan: /grantme all
  3. Tekan F5 untuk tunjukkan koordinat.
  4. Pilih kawasan untuk dieksport dengan perintah //pos1 dan //pos2 (posisi-posisi ini sepadan dengan pepenjuru tidak kelihatan untuk pilihan kuboid).
  5. Cipta fail schem anda dengan perintah //mtschemcreate <nama fail schem anda>. Fail akan dicipta di dalam folder “worlds/<nama_dunia>/schems”.


  • Untuk mengimport fail schem :
  1. Masuk ke dalam dunia anda (dengan WorldEdit diaktifkan).
  2. Berikan diri anda kesemua keistimewaan: /grantme all
  3. Letakkan fail schem ke dalam folder “worlds/<nama dunia anda yang baru>/schems".
  4. Tekan F5 untuk tunjukkan koordinat.
  5. Letakkan posisi di mana anda inginkannya dengan perintah: //pos1
  6. Import fail schem anda dengan //mtschemplace <nama fail schem anda>


Lihat juga