Tool/ms

From Minetest


Sebuah alatan (tool) merupakan item yang mempunyai kegunaan amali untuk berinteraksi dengan persekitaran. Walaupun sesetengah alatan sangat unik, semua alatan mempunyai ciri-ciri tertentu yang serupa.

Kegunaan

Cara menggunakan alatan bergantung kepada alatan itu sendiri. Kebanyakan alatan digunakan dengan kekunci serang (butang tetikus kiri) atau kekunci membina (butang tetikus kanan).

Alatan perlombongan

Kebanyakan alatan merupakan alatan perlombongan; sila rujuk kepada halaman perlombongan untuk maklumat lanjut.

Senjata

Alatan yang mampu mencederakan pihak lawan dipanggil sebagai “senjata” (“weapon”). Memandangkan semua senjata mempunyai semua ciri-ciri untuk alatan, maka senjata juga dikira sebagai alatan.

Haus

Sesebuah alatan akan menjadi haus apabila digunakan dengan kerap. Sama ada alatan akan haus atau tidak, serta berapa cepat sesuatu alatan akan haus semuanya bergantung kepada jenis alatan. Setiap kali anda menggunakan alatan, ia akan menjadi haus sedikit.

Anda boleh tahu berapa banyak alatan haus dengan melihat bar berwarna yang kecil di bawah ikon inventori. Sesebuah alatan yang belum digunakan atau belum haus tidak mempunyai bar seperti itu di bawah ikon inventorinya. Apabila bar ini menjadi kosong, alatan tersebut akan termusnah dengan sendirinya. Anda mungkin mahu membaiki sesebuah alatan sebelum ianya termusnah dengan sendirinya.

Pembaikan

Sesebuah permainan boleh menyediakan resipi pembaikan. Sekiranya ia disediakan, alatan yang haus boleh dibaiki dengan meletakkan dua alatan daripada jenis yang sama ke dalam grid pertukangan. Resipi ini resipi tanpa bentuk. Permainan dan mods Minetest yang lain mungkin mengubah jumlah peratusan pembaikan atau membuang fungsi pembaikan sepenuhnya.

Alatan lalai

Apabila anda tidak memegang apa-apa (slot kosong dalam slot hotbar sedang dipilih) maka anda sebenarnya sedang “memegang” alatan lalai. Setiap permainan mempunyai alatan lalainya yang sendiri dan ia mungkin sama atau mungkin berbeza daripada yang asal. Alatan lalai bukanlah sebuah alatan tetapi ia dipanggil “alatan lalai” kerana ia berkongsi banyak ciri-ciri alatan.

Alatan lalai tidak pernah haus dan tidak bertindak seperti item; cth. ia tak boleh dibuang.

Alatan lalai mungkin boleh atau mungkin tidak boleh menjadi alatan perlombongan dan ia mungkin boleh atau mungkin tidak boleh menjadi senjata. Namun begitu, alatan lalai akan sentiasa boleh digunakan untuk mengutip barang.

Sekiranya anda sedang memegang item yang bukan alatan (contohnya: batu), ia mempunyai ciri-ciri yang sama seperti alatan lalai. Sekiranya alatan lalai itu alatan menggali dan anda cuba untuk mengeluarkan blok menggunakan alatan yang tidak direka untuk blok itu, jumlah masa pengeluaran blok tersebut sama dengan jumlah masa pengeluaran untuk alatan lalai.

Alatan dalam Minetest Game

Alatan yang disediakan termasuklah:

Dalam Minetest Game, pembaikan dibolehkan. Anda akan menerima alatan yang hausnya hanya 2%.

Alatan dalam permainan lain

Alatan perlombongan dan senjata jarak dekat dalam pelbagai jenis menjadi sangat popular. Tetapi pencipta mods masih boleh membuat alatan yang menyediakan kegunaan yang sangat berbeza.

Selalunya, alatan lalai ialah tangan.

Pencipta mods mungkin mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk membaiki alatan.

Secara teorinya, pencipta mods mungkin menyalahgunakan “bar kehausan” untuk tujuan selain daripada menunjukkan kehausan alatan tersebut.