Player/ms

From Minetest


Kulit pemain asal.

Pemain (atau sebenarnya: “watak permain”[1]) ialah watak yang pengguna kawal. Nama rasmi yang diberikan untuk rupa pemain ialah “Sam”, sebuah akronim rekursif untuk “Sam ain’t Minecraft” (Sam bukannya (datang daripada) Minecraft).

Tahap Kesihatan

Pemain bermula dengan 10 hati (Heart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.pngHeart.png) yang bersamaan dengan 20 mata pukulan (HP). Tahap kesihatan terkecil ialah 0.5 hati (Half heart.png) atau 1 HP. Pemain mati apabila mereka kehabisan kesemua hati mereka.

Pemain boleh menaikkan tahap kesihatan dengan memakan makanan. Pemain boleh menurunkan tahap kesihatan dengan pelbagai cara termasuklah: Terjatuh terlalu kuat, menyentuh blok yang bahaya (seperti lava), lemas dalam cecair atau diserang oleh pemain lain (sekiranya PvP dibolehkan).

Tahap Pernafasan

Pemain mempunyai maksima 10 mata pernafasan, ditunjukkan sebagai buih-buih. Pemain bermula dengan 10 mata pernafasan dan selalunya mata pernafasan naik dengan cepat menjadi 10 dalam masa 1 mata pernafasan. Jika pemain mempunyai tahap pernafasan yang penuh, meter pernafasan dekat HUD selalunya disembunyikan. Apabila pemain berada di dalam cecair dengan kemampuan untuk melemaskan, tahap pernafasan akan dikurangkan sebanyak 1 mata setiap 2 saat. Apabila tahap pernafasan menjadi 0, pemain akan menerima kecederaan setiap 2 saat selagi dia berada di dalam cecair tersebut. Jumlah kecederaan bergantung kepada jenis cecair.

Kematian

Apabila pemain kehilangan semua tahap kesihatannya, mereka akan mati. Selepas mati, pemain boleh lahir semula dengan segera, bersama tahap kesihatan dan tahap pernafasan yang penuh. Titik lahir semula selalunya berhampiran dengan posisi permulaan. Kesan kematian yang lain (selalunya kesan buruk) bergantung sepenuhnya kepada jenis subpermainan dan mods yang digunakan.

Apabila pemain mati dalam Minetest Game, pemain akan kehilangan semua barang dalam inventorinya. Tulang yang mempunyai kandungan inventori pemain akan ditinggalkan di tempat mereka mati.

Rupa

Pemain muncul sebagai model 3D sama seperti Minecraft. Namun, mereka tidak memegang sebarang blok atau item di dalam tangan dan tidak pernah melihat ke atas atau ke bawah. Bermula Minetest 0.4.10, terdapat mod kamera penglihatan orang ketiga untuk melihat rupa diri sendiri. Tekan F7 untuk menukar di antara mod kamera yang berbeza.[2]
Anggul (sudut penglihatan menegak) pemain tidak dapat dilihat oleh pemain lain pada asalnya. Anggul pemain di antara -89.5 hingga 89.5 darjah.

Lihat Juga

Nota Kaki

  1. Dalam komuniti Minetest, istilah “pemain” menjadi sinonim kepada “watak pemain” untuk sebab yang tidak diketahui. Oleh itu, dalam Minetest, “pemain” boleh merujuk kepada watak pemain yang dikawal oleh pemain atau ia juga boleh merujuk kepada pemain sebenar yang bermain dekat komputer.
  2. https://forum.minetest.net/viewtopic.php?f=18&t=9041