Mods/ms

From Minetest


Mods

Contoh sebuah mods (ditunjukkan: Mesecons).

Mods (singkatan dari modifikasi) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai mod (singkatan dari modifications atau modules) merupakan modifikasi yang dicipta oleh pengguna untuk permainan yang mana ia boleh menambah atau mengubah cara main.

Sesetengah mods yang besar boleh menambah banyak kandungan kepada permainan, manakala mods yang kecil boleh menambah lebih banyak pilihan tetapan/pelangganan, atau mengoptimumkan kelajuan, cara main, atau grafik Minetest.

Mods atau pemalam pelayan selalunya memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan memudahkan, dan semua mods untuk pemain perseorangan juga boleh digunakan dalam pemain ramai.

Walaupun mods Minetest selamat untuk dipasangkan secara umumnya, seseorang haruslah berhati-hati dengan mods untuk mengelakkan keruntuhan, ketidakstabilan sistem, pemadaman permainan/data simpanan, atau jangkitan perisian hasad yang berkemungkinan daripada pautan yang buruk atau daripada mods itu sendiri.

Cara yang bagus untuk melindungi permainan anda daripada masalah seperti itu adalah dengan membuat sandaran folder Minetest anda jika anda memilih untuk menggunakan mods.

Terdapat banyak mods atau pemalam yang boleh digunakan untuk menambah fungsi dan barangan ke dalam Minetest game yang asal atau untuk memberikan pentadbir pelayan lebih banyak pilihan dan kawalan terhadap pelayan mereka.

Pek Mods

Sebuah pek mods (singkatan: “PM”) itu koleksi mods untuk mengumpulkan mereka bersama. Secara asasnya, sebuah pek mods ialah direktori khas yang mengandungi direktori mods sebenar.

Ia hanyalah pengumpulan logik semata-mata dan selalunya dilakukan untuk memudahkan dan mengumpulkan mods yang berkait rapat bersama-sama. Perbezaan utamanya ialah pek mods akan dipaparkan dengan cara yang berbeza di dalam pengurus mods dalam Minetest.

Namun selain daripada itu, tiada apa yang istimewa tentang pek mods ataupun mods di dalam pek mods. Mods individu di dalam pek mods masih boleh dibolehkan dan dilumpuhkan seperti mana mods bersendiri.

Mods Pihak Klien

Mods pihak klien, dikenali dengan singkatan “CSM” ialah mods yang digunakan untuk mengubah klien Minetest anda mengikut kesukaan. Mods pihak klien boleh digunakan ketika bersambung kepada pelayan Minetest kerana ianya dimuatkan secara tempatan.

Mods pihak klien memerlukan sekurang-kurangnya Minetest 0.4.15-dev yang dikompil dari sumber selepas 1 April 2017.

Harap maklum bahawa API tidak stabil dan boleh berubah.

Pemasangan

Sila lihat Memasang Mods dan Memasang Mods Pihak Klien.

Mencari mods

ContentDB

Mencipta mods

Mods dicipta dalam bahasa Lua, sebuah bahasa pengaturcaraan/penskripan yang agak mudah. Mods boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mampu mengekod menggunakan Lua dan memahami API Lua Minetest.

Pendokumenan API Lua yang rasmi boleh dilihat di lua_api.txt.

Sumber pembelajaran penting yang lain:

Menyenaraikan mods pelayan

Jika anda di dalam sebuah pelayan, anda boleh menghantar perintah pelayan /mods untuk meminta pelayan memberitahu anda senarai kesemua mods yang terpasang.

Disertakan berikut carta 15 mods yang paling banyak digunakan dekat pelayan awam seperti yang tersenarai di servers.minetest.net setakat 31 Oktober 2016: Mods yang paling banyak digunakan dekat pelayan awam seperti yang tersenarai di servers.minetest.net setakat 31 Oktober 2016