Games/Minetest Game/ms

From Minetest


Minetest Game
Minetest logo.png
Sebuah permainan
Game Type Permainan Asal
Author Pembangun Minetest
Latest version 5.7.0
Forum topic 9724
Source code GitHub

Minetest Game (dahulunya “minetest_game”) sebuah permainan untuk Minetest yang selalunya diedarkan bersama-sama Minetest. Ianya sebuah kotak pasir yang besar. Tekan sini untuk panduan bermula main.

Gambaran keseluruhan cara main

Minetest Game ialah “permainan kotak pasir” yang mudah dan aman damai, ini bermakna tiada arah tuju dan musuh janaan komputer yang terbina dalamnya. Pemain dicampakkan ke atas dunia penuh dengan kiub dan boleh cuba untuk meneroka permukaan dan mengembara tumpang melalui kawasan berumput, gurun, hutan, rimba, kawasan bersalji dan wilayah artik, meneroka lautan dengan bot atau berenang dan menyelam, serta mengutip pelbagai jenis bahan galian dan mencipta alatan daripadanya. Menggunakan sebilah beliung, pemain boleh menggali ke kawasan yang dalam dan mengutip bahan galian yang berharga, tetapi pemain yang cuai boleh terjatuh ke dalam lava. Atau pemain juga boleh menjadi peladang atau pekerja hutan dan menanam pokok & tanaman. Hampir setiap blok boleh dikeluarkan dengan alatan yang betul dan dengan blok-blok yang dikutip, hampir setiap bangunan boleh dicipta — hanya imaginasi sahaja menjadi penghalang. Minetest Game menfokuskan kreativiti, pembinaan dan penerokaan dunia, dan bukannya untuk mencabar, oleh itu cara mainnya secara asas bergayakan kotak pasir.

Tangkapan layar

Ciri-ciri

Gambaran keseluruhan

  • Lebih daripada 200 jenis blok untuk dilombong dan dibina (Lihat halaman Blok untuk gambarannya)
  • Bawah tanah yang dalam dengan 7 jenis bahan galian berbeza beserta lava
  • 6 kekuatan alatan daripada kayu sehingga intan
  • Mod kreatif di mana (hampir) kesemua item boleh diambil dengan segera

Dunia

  • Beberapa biom untuk diterokai: Kawasan berumput, gurun, rimba, lautan, savana, hutan daun luruh, hutan konifer, kawasan bersalji, gurun sejuk, glasier
  • Kurungan bawah tanah
  • Gua bawah tanah yang kecil dan besar
  • Poket lava bawah tanah
  • 6 jenis bahan galian: Batu arang, besi, tembaga, emas, mese, intan, digunakan untuk mencipta alatan dan barangan
  • Bongkah Mese yang sangat jarang dijumpai, berada di bawah Y=-1024 (bersamaan 9 Kristal Mese)
  • 6 jenis pokok: pokok “biasa”, pokok epal, pokok hutan, pokok akasia, pokok aspen, pokok pain. Termasuk anak pokok untuk menanam pokok baru
  • 6 jenis bunga (digunakan untuk membuat pewarna), teratai, cendawan dan pelbagai tumbuhan kecil yang lain

Alatan yang boleh dicipta

  • Alatan untuk memusnahkan blok: Beliung (untuk batu), penyodok (untuk tanah dan pasir), kapak (untuk kayu dan pokok), pedang (untuk daun dan tumbuhan kecil)
  • Kebanyakan alatan juga boleh digunakan sebagai senjata jarak dekat
  • Pemutar Skru (digunakan untuk memusingkan barang)
  • Baldi untuk mengumpul cecair seperti air
  • Lihat halaman Item untuk lebih banyak alatan

Aspek permainan yang lain

  • Merentasi lautan dengan bot
  • Bina landasan dan naiklah pedati untuk membawa diri sendiri dan juga item
  • Gunakan relau untuk melebur longgokan menjadi jongkong, gunakan jongkong untuk mencipta benda baru
  • Perladangan asas: Menggembur tanah menjadi tanih menggunakan cangkul, tanam gandum dan benih kapas, letakkan air di kawasan berdekatan dan lihatlah mereka membesar
  • Apabila pemain mati, pemain akan kehilangan semua item dalam inventori, namun semua item tersebut boleh diambil semula daripada bongkah tulang mereka
  • Api!
  • TNT dan serbuk senjata api

Fungsi

Sebagai permainan asal

Minetest Game disediakan pada asalnya untuk memberikan kandungan permulaaan untuk pemain perseorangan apabila Minetest dimuat turun dalam sebuah fail arkib daripada seksyen muat turun dalam halaman utama. Ia mempunyai beberapa mods asas yang menambah kandungan permainan yang cukup untuk membolehkan permainan tersebut dimainkan dengan mudah. Kekunci kawalan dan cara main asas ditetapkan kepada fungsi yang serupa yang terdapat dalam permainan genre yang sama untuk membolehkan seseorang bermain dengan segera.

Minetest Game tidak diperlukan untuk bermain dalam pelayan yang lain kerana kesemua kandungan permainan dikawal dan "dilayan" oleh pelayan pengehosan. Kandungan ini hanya diperlukan apabila menjalankan pelayan Minetest sendiri kerana ianya kebiasaannya koleksi skrip mods yang dikumpulkan masuk ke dalam folder “game”. “Pemain perseorangan” boleh dilihat sebagai sebuah kes istimewa kerana atur cara Minetest tempatan bertindak sebagai pelayan permainan tempatan, mengehos permainan tempatan dan kemudian menyambung kepada diri sendiri sebagai klien.

Sebagai asas untuk permainan baru

Cara main boleh diubah menggunakan skrip Lua yang dikumpulkan dalam bentuk mods. Memandangkan kebanyakan mods yang dibuat oleh komuniti menamakan mods “default” sebagai kebergantungannya, Minetest Game yang mempunyai mods tersebut dianggap sebagai kandungan asas yang mana pereka permainan boleh membina permainan mereka sendiri. Oleh itu, sekiranya keserasian dengan kebanyakan mods menjadi salah satu tujuan permainan baru, sangat digalakkan untuk anda mula membina permainan baru dengan menambah kandungan kepada salinan Minetest Game.

Sebagai koleksi contoh-contoh mods

Walaupun nampak seperti remeh, fungsi ini tidak patut dilupakan kerana selalunya ia menunjukkan contoh-contoh permulaan untuk belajar menulis kod kepada pencipta mods.

Kandungan

Minetest Game mempunyai mods yang berikut:

Mods berikut pernah ada dalam Minetest Game tetapi telah dikeluarkan:

Benda ketara yang tidak disediakan

Memandangkan Minetest Game disediakan di dalam arkib muat turun, ia sepatutnya menjadi seringan dan seneutral yang mungkin. Oleh itu, pemain baru akan berasa agak terkilan apabila beberapa benda yang ada dalam permainan-permainan yang serupa tidak disediakan dalam Minetest Game:

Sejarah dan perancangan

Cabang 0.4.9

Sejak awal 2014, Minetest Game (waktu itu dipanggil “minetest_game”) telah dibekukan ciri secara separuh rasminya. Ia tidak dijatuhkan sokongan dan terus disimpan dalam mod penyenggaraan sebagai asas kepada semua mods yang bergantung kepada mods "default". Sepersetujuan yang dicapai oleh pembangun Minetest ialah Minetest Game perlu diubah sedikit yang mungkin[2] (pembekuan ciri) dan tidak menginginkan kandungan baharu ditambah. Dengan cara ini, ia membolehkan mods-mods yang lama untuk terus berfungsi dan meninggalkan pelbagai kandungan permainan untuk dibangunkan secara berasingan oleh pereka permainan untuk mereka bentuk sendiri.

Cabang 0.4.10

Dengan terbitnya 0.4.10, permainan bernama Minetest-NeXt telah digabungkan[3] ke dalam permainan Minetest Game.

Pembangunan akan datang

Untuk memberikan lebih banyak contoh berkaitan kebarangkalian yang boleh disediakan oleh enjin Minetest, telah berlakunya perbincangan untuk memasukkan lebih banyak permainan contoh ke dalam arkib muat turun. Satu-satunya permainan selain daripada Minetest Game yang disediakan dalam Minetest versi 0.4.9 ialah Minimal, yang hanya digunakan untuk tujuan percubaan. Antara permainan yang telah dicadangkan untuk dimasukkan[4] termasuklah Dwarves, PilzTest, Nostalgia, Realtest, Eden atau permainan berdasarkan mods Ethereal. Baru-baru ini, BFD, Minetest NeXt dan Carbone serta permainan lain telah dipertimbangkan untuk dimasukkan. Ideanya untuk menunjukkan variasi cara main, persekitaran dan konsep atmosfera yang berbeza.

Legal

Minetest Game ialah perisian bebas, tanpa iklan dan percuma tanpa bayaran. Ianya dilesenkan di bawah lesen LGPL versi 2.1 (atau yang kemudian) untuk kod sumber dan lesen CC BY-SA 3.0 untuk fail-fail media.

Nota dan rujukan

  1. Namun tikus mungkin boleh menyelinap masuk jika anda tidak berjaga-jaga ;-).
  2. Aliran forum Minetest yang bertajuk "Minetest Game will no longer be developed" (Minetest Game tidak akan dibangunkan lagi).
  3. Aliran forum Minetest bertajuk "(0.4.10) NeXt merged / Updated minetest_game" ((0.4.10) NeXt digabung masuk / Kemaskini minetest_game).
  4. seperti yang dibincangkan melalui IRC pada tarikh 2013-10-17