Crafting/ms

From Minetest


Pertukangan (BI: crafting) ialah cara untuk mencipta blok dan item dalam Minetest. Untuk mencipta sesuatu, pemain mestilah pindahkan item ke dalam grid pertukangan dan menyusunnya mengikut corak yang ditetapkan.

Pelbagai resipi tambahan yang dicipta oleh pemain dan grid pertukangan yang lain ada di dalam pelbagai mods.

Asas pertukangan

Bahagian ini menjelaskan asas pertukangan dengan cara yang paling umum. Peraturan yang dijelaskan di sini digunapakai untuk kesemua mods yang ada.

Grid pertukangan dan slot output

Untuk membolehkan anda mencipta apa-apa, anda perlukan grid pertukangan. Grid pertukangan mempunyai sejumlah slot inventori dan anda boleh letakkan, pindahkan dan ambil semula item daripadanya seperti yang boleh dilakukan dengan sebuah inventori. Untuk mencipta, item mestilah disusun dengan cara tertentu di dalam grid pertukangan (lihat “Input dan output”). Di sebelah grid pertukangan terdapatnya sebuah slot output, di mana hasil ciptaan akan muncul apabila anda susun item dengan cara yang sah. Klik pada simbol ini dengan butang tetikus kiri untuk menciptanya satu kali. Item yang diperlukan di dalam grid pertukangan akan digunakan. Klik pada slot output dengan butang tetikus tengah untuk mengambil ciptaan sehingga sepuluh buah (bergantung kepada jumlah item yang tinggal di dalam grid pertukangan). Pertukangan selalunya tidak memakan masa dan anda boleh menggunakan item yang terhasil dengan segera.

Grid pertukangan selalunya berfungsi seperti inventori. Oleh itu, grid inventori boleh dijumpai di dalam menu inventori dan boleh digunakan/disalahgunakan sebagai sambungan inventori pemain.

Namun begitu, anda tidak boleh meletakkan item ke dalam slot output, anda hanya boleh mengambil item daripadanya.

Grid pertukangan 3×3 terbina dalam pemain (kiri). Slot output (kanan).

Minetest Game hanya ada sebuah grid pertukangan. Ia boleh diakses melalui menu inventori dan mempunyai saiz 3×3 slot.

Mods dan permainan Minetest boleh menambah beberapa grid pertukangan di pelbagai tempat, bukan sahaja di dalam inventori. Boleh juga membuatkan menu inventori untuk tidak ada grid pertukangan.

Input dan output

Sebuah resipi pertukangan akan sekurang-kurangnya mempunyai sebuah item input dan hanya akan ada satu tindanan item output. Item input boleh menjadi item padu (contohnya, Papan Kayu) atau item yang menjadi ahli sesebuah kumpulan (contohnya, kumpulan papan, kumpulan di mana Papan Kayu dan Papan Kayu Hutan menjadi ahlinya). Jika sesebuah resipi mempunyai banyak slot yang memerlukan kumpulan yang sama, ia tidak bermakna anda perlu meletakkan item yang sama dalam kesemua slot-slot ini. Sila lihat #Resipi pertukangan menggunakan kumpulan untuk contoh yang lebih jelas.

Minetest Game dan permainan-permainan yang lain, serta pelbagai jenis mods menggunakan sistem kumpulan secara besar-besaran, anda mesti memahami konsep kumpulan ini untuk pertukangan yang efisien.

Belajar resipi pertukangan

Untuk membolehkan pertukangan, anda perlulah tahu resipi pertukangan yang mana yang ada dahulu. Cara yang biasa adalah dengan menggunakan panduan pertukangan, sebuah elemen GUI yang memberitahu pemain tentang resipi pertukangan yang terdapat di dalam permainan. Ianya sebuah alatan yang sangat penting untuk bermain.

Kebanyakan subpermainan mempunyai panduan pertukangan terbina dalamnya, jadi anda boleh belajar kesemua resipi pertukangan yang diperlukan dalam permainan. Namun begitu, Minetest Game tiada panduan pertukangan. Untuk belajar resipi pertukangan untuk Minetest Game, anda perlu pasang dan gunakan mods panduan pertukangan ataupun membaca artikel-artikel dalam wiki ini. Menggunakan panduan pertukangan itu digalakkan kerana ia lebih mudah digunakan, dan kemungkinan ada resipi dalam wiki ini yang telah ketinggalan atau tersilap.

Menggunakan item

Kebiasaannya, mencipta sebuah item akan menggunakan betul-betul sebuah item daripada setiap slot di dalam grid pertukangan.

Sebuah resipi pertukangan juga boleh menggantikan sebuah item dengan item lain. Perkara ini kini jarang digunakan di dalam mods. Dalam Minetest Game, menggunakan Baldi Lava sebagai bahan api relau tidak menggunakan item tersebut, sebaliknya ia meninggalkan Baldi Kosong di dalam slot bahan api.

Resipi berbentuk dan tanpa bentuk

Terdapat dua jenis resipi pertukangan, resipi berbentuk dan resipi tanpa bentuk.

Untuk resipi berbentuk, item mestilah disusun mengikut corak yang sepatutnya. Wiki ini mendokumenkan corak-corak ini untuk Minetest Game. Sekiranya resipi pertukangan mengambil ruang segi empat yang lebih kecil daripada grid pertukangan, ia boleh dipindahkan ke mana-mana bahagian grid pertukangan. Contohnya, resipi 2×2 boleh disusun di sebelah atas kiri, atas kanan, bawah kiri atau bawah kanan dalam grid pertukangan 3×3. Sekiranya resipi pertukangan menggunakan lebih banyak ruang daripada yang ada di dalam grid pertukangan, and tak boleh mencipta item tersebut dengan grid pertukangan tersebut, anda perlukan grid pertukangan yang lebih besar.

Untuk resipi tanpa bentuk, item yang diperlukan boleh diletakkan di mana-mana slot yang ada pada grid pertukangan tersebut.

Kebanyakan resipi pertukangan Minetest Game resipi berbentuk. Jika tidak dinyatakan secara nyata, anggaplah sesuatu resipi pertukangan itu sebagai resipi berbentuk. Resipi tanpa bentuk di dalam Minetest Game menghasilkan jongkong gangsa, bulu biri-biri, tepung dan pewarna.

Aktiviti yang serupa dengan pertukangan

Peleburan dan pembaikan ialah pertukangan dengan cara yang berbeza sedikit, kebanyakan peraturan yang dijelaskan di sini juga digunapakai untuk mereka. Untuk peleburan, grid pertukangannya hanyalah 1×1. Resipi pembaikan itu sentiasa resipi tanpa bentuk yang mengandungi dua alatan daripada jenis yang sama.

Contoh resipi

Bahagian ini mengandungi contoh-contoh jenis pertukangan asas secara besar-besaran. Contoh di sini semuanya diambil daripada Minetest Game.

Resipi tanpa bentuk

Jongkong Gangsa ialah contoh resipi tanpa bentuk. Anda memerlukan seketul Jongkong Keluli dan seketul Jongkong Tembaga. Anda boleh meletakkannya di mana-mana sahaja dalam grid pertukangan sesuka hati, maka kesemua resipi di bawah ini sah digunakan:

Nama Bahan-bahan Input/Output
Jongkong Gangsa Jongkong Keluli + Jongkong Tembaga
Steel Ingot.png
Copper Ingot.png
Bronze Ingot.png
Jongkong Gangsa Jongkong Keluli + Jongkong Tembaga
Steel Ingot.png
Copper Ingot.png
Bronze Ingot.png
Jongkong Gangsa Jongkong Keluli + Jongkong Tembaga
Steel Ingot.png
Copper Ingot.png
Bronze Ingot.png

Dan seterusnya.

Untuk memelihara halaman wiki supaya pendek dan ringkas, hanya sebuah pertukangan yang sah sahaja dipaparkan walaupun ada banyak pertukangan yang sah.

Resipi pembaikan

Jika anda ada dua Penyodok Keluli, anda boleh membaiki salah satu dengan meletakkan mereka berdua dekat mana-mana slot dalam grid pertukangan:

Nama Bahan Input → Output
Penyodok Keluli yang dibaiki Penyodok Keluli yang haus
Steel Shovel slightly worn off.png
Steel Shovel heavily worn off.png
Steel Shovel repaired.png

Ambil perhatian bahawa resipi pembaikan juga merupakan resipi tanpa bentuk. Resipi pembaikan selalunya tidak ditunjukkan di dalam wiki (kecuali dalam contoh yang ini).

Resipi berbentuk

Ini semua pertukangan yang sah untuk resipi pertukangan berbentuk 3×1:

Nama Bahan Input → Output
Kertas Papirus
Papyrus.png
Papyrus.png
Papyrus.png
Paper.png
Kertas Papirus
Papyrus.png
Papyrus.png
Papyrus.png
Paper.png
Kertas Papirus
Papyrus.png
Papyrus.png
Papyrus.png
Paper.png

Kesemua pertukangan ini sebahagian daripada resipi yang sama. Halaman wiki yang sebenar tidak akan mengulangi pertukangan lagi dua untuk memudahkan.

Resipi pertukangan menggunakan kumpulan

Sebuah resipi pertukangan menggunakan kumpulan boleh ditunjukkan seperti ini di dalam wiki:

Nama Bahan Input → Output
Relau Item kumpulan “batu”
Group stone.png
Group stone.png
Group stone.png
Group stone.png
Group stone.png
Group stone.png
Group stone.png
Group stone.png
Furnace.png

Ambil perhatian bahawa ikon istimewa tersebut mempunyai huruf “G” di atasnya. Ikon ini ialah pemegang tempat untuk apa-apa sahaja item yang berada di bawah kumpulan “batu”. Oleh itu, relau boleh dicipta dengan 8 item daripada kumpulan batu. Batu Buntar dan Batu Gurun ialah contoh ahli kumpulan ini.

Jadi anda boleh mencipta relau dengan menggunakan Batu Buntar sepenuhnya:

Nama Bahan Input → Output
Relau Batu Buntar
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Furnace.png

Atau Batu Gurun sepenuhnya:

Nama Bahan Input → Output
Relau Batu Gurun
Desert stone.png
Desert stone.png
Desert stone.png
Desert stone.png
Desert stone.png
Desert stone.png
Desert stone.png
Desert stone.png
Furnace.png

Atau gabungkan kedua-duanya:

Nama Bahan Input → Output
Relau Batu Buntar + Batu Gurun
Cobblestone.png
Desert stone.png
Cobblestone.png
Desert stone.png
Cobblestone.png
Desert stone.png
Cobblestone.png
Desert stone.png
Furnace.png

Atau campurkan semua item ahli kumpulan yang ada:

Nama Bahan Input → Output
Relau Batu + Batu Gurun + Batu Buntar + Bata Batu Gurun + Bata Batu
Stone.png
Desert stone.png
Stone brick.png
Cobblestone.png
Cobblestone.png
Desert stone brick.png
Stone brick.png
Cobblestone.png
Furnace.png

Mula bermain

Untuk membantu anda mula dalam Minetest Game, kami memberikan anda senarai item-item paling penting dan blok-blok untuk bermula. Mulakan dengan yang paling atas dalam senarai, lihat pada bahagian “Pertukangan” dalam halaman yang berkaitan (mengikut turutan), cipta item tersebut dalam Minetest dan datang semula ke halaman ini apabila anda mampu menciptanya, kemudian teruskan dengan pertukangan seterusnya dalam senarai ini. Untuk memudahkan anda, kesemua pautan di bawah menghantar anda terus ke bahagian “Pertukangan”.

  1. Papan Kayu
  2. Serpihan Kayu
  3. Tangga Panjat
  4. Papak Kayu
  5. Beliung Kayu
  6. Beliung Batu
  7. Tangga Batu Buntar
  8. Obor
  9. Peti
  10. Relau
  11. sebarang jenis Kapak
  12. sebarang jenis Penyodok
  13. Baldi
  14. sebarang jenis Cangkul
  15. Tepung
  16. Roti

Lihat Blok dan Item untuk senarai penuh blok-blok dan item-item. Anda boleh jumpa resipi pertukangan dalam halaman-halaman yang berkaitan. Lihat juga halaman yang disenaraikan dalam Kumpulan untuk melihat secara umum mengenai pertukangan berkumpulan.

Lihat juga